nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 26, 2014

Baju sendiri? Jangan sibuk ukur dekat badan orang lain!

Baru sudah baca entry teha. Aku rasa macam nak jerit-jerit "betul la tu....setuju sangat!!!!"

Few days ago, di group telegram mak jemah, mereka membincangkan issue jodoh. Issue ni tak berkesudahan. Selagi ada members yg tak kawen, akan ada je topic ni dibangkitkan.

Kita boleh tengok macam-macam criteria they seek for. Typical, agama perfect, pandai mengaji, agama tip top...bla bla bla...menghormati perempuan as a human, sayang kita sampai tahap sanggup peluk kaki.

Ok...the more i scroll and read. The more i find it ridiculous.

Ye la. Bagai bulan jatuh ke riba kalau tiba-tiba dapat prince charming, smokey hot, keje gempak and ape ntah lagi teha describe...aku sure tampar diri sendiri kalau itu terjadi. Kalau ada orang syok kat aku pon aku dah ala-ala cubit diri sendiri nak memastikan kisah tu bukan mimpi. Sebab perkara itu rare.

Mende simple. Kalau ko rasa orang lain not good enough for you, then please jangan terkejut kalau orang lain rasa you aren't good enough for them.

If u aren't able to love anyone unconditionally. Don't expect miracle to happen. Like tiba-tiba ada manusia perfect datang melutut mintak ko sayang dia balik.

Kalau sedar diri gemuk. Jaga makan tu. Rajin sikit bersenam nya. Jangan asyik food hunting je!!! ( ni macam tengah bercakap dengan cermin kekdahnya!! Hahaha)

Ok. Kepada yang masih belum berjodoh. Ya. Tak dinafikan. Kena memilih. Tapi. Selaku orang yang tak kawen lagi. Criteria mengarut perlu dibuang ke tong sampah. Fikir balik. Miracle ni layak ke untuk korang?

Dah. Pegi ukur baju.

E N D

Sunday, October 19, 2014

Esok Isnin

Saat yakin sebenarnya mampu sendiri

Ada pula bunyi yang mengingatkan betapa mustahil hidup tanpa dia

Tapi bukan salah sesiapa

"Kapal" kita tidak sama

Rupanya masih belum gagah

Masih merasa sakit walau dijentik

Tak dapat bayangkan jika diherdik

Tabahlah.

E N D

Monday, October 6, 2014

hampir

20141003 - Jumaat
Hari Arafah
waktu yang sama dalam kalendar islam tahun lepas, aku tengah dalam keadaan sedih bila hati dijentik Ilahi untuk ingat semula doa yang pernah aku buat lebih kurang 10 tahun lalu untuk arwah bapak yang waktu itu sakit di tanah suci. masih jelas di otak, doa aku waktu itu, tolong bukan sekarang!

20141025 - Ahad
Aidil Adha
waktu sama kalendar islam, tahun 2012, ayah pergi menghadap Ilahi, Bapak masih ada. masih ingat menaiki kereta jenazah bersama-sama staf Petronas untuk mengambil jenazah di MAS kargo. Pengalaman yang jarang-jarang semua orang ada.Menjemput satu jenazah sudah cukup mengelirukan hati, tak terbayang mereka yang bertugas menjemput jenazah-jenazah MH17.

Akan datang 20141024
Akan genap setahun pemergian Bapak. Waktu sama tahun lepas, sedang bertungkus lumus menyiapkan report design. Bohong kalau aku kata aku tak berdebar dengan tarikh itu. Bak kata Mak, tak ada sehari pun yang dia tidak teringatkan arwah. Aku faham benar. Aku yang sibuk pun tidak pernah lupa, apatah lagi dia.

Untuk hari-hari yang aku hampir putus asa, beramai-ramai mereka teguh berdiri di sisi tanpa jemu.

Terima kasih.

Satu perkara, tolong ingatkan aku untuk terus kekal rational.

- E N D -