nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 27, 2014

bila rindu

type email address, keluar email address Bapak.
sebenarnya tengah banyak sangat soalan pasal construction and consultancy.
rasa hilang terus menerpa masuk menjadi terlalu nyata.

- E N D -

it is so you

tomorrow, most probably the principal will call me due to the email cc-ed by the consultant. The specific reason he cc-ed it? i have no idea. Really. Go to hell with it.

Will be leaving the current house i'm living in soon. within this year most probably. there's a lot of mixed feelings about it. been staring to the stripy wall for hours and think. will i miss all of these?

well. everyone needs a new starting point. this might be my starting point then.

i remember few friend who came over my house. they had this almost the same dialog where they'll say "oh. this room feels like your room in (whenever i used to live)".  

Been trying to love myself more nowadays. will try to care less and do whatever i want to do.

i had enough.

that wall


- E N D -

Wednesday, April 23, 2014

Pergi yang pasti

Perasaan yang kompleks terutama bila kita antara manusia yang disenangi sedangkan dia susah berasa senang dengan orang sekeliling.

Sangat kompleks.

Rasa mahu gugur jantung waktu terima berita.

Terima kasih untuk segala memori indah. Kata-kata positive dan semangat. Untuk terus mara dalam bidang yang sangat dikaguminya. Architecture.

Rasa masih baru berjumpa. Masih ternampak-nampak doctor kacak yang sempat digosipkan. Masih terdengar-dengar doctor cakap "you look happier.." sambil melihat aku yang duduk agak di bucu bilik. Seronok sebenarnya lihat orang lain seronok. Walaupun seronok itu hanya kerana excited melihat carnations yang dibawa. Dan untuk mendengar semua cerita pelajaran. Masih ternampak pancar wajah risau terhadap aku yang kehilangan.

Semoga tenang di sana, auntie mimi. You'll be missed.

Alfatihah. Tunku Munira Tunku Mustapha

Sunday, April 20, 2014

Patut

Aku percaya kita akan dapat apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Sekali Allah hantar mesej melalui seorang kawan.

Dia bagi apa yang kita patut dapat.

Tergolek. Tertampar.

sorry that I'm not cute enough for you

If I were a male. I am 'the man'. Never the boy.

It make sense why you seek for a girl instead of woman.
You, yourself, is just that another boy.

- E N D -

Friday, April 18, 2014

Mahu bebel

Ok. Ni bukan entry stress emo. Ni entry stress biasa biasa.

Minggu ni terlaaaaaallluuuuu busy hinggakan rasa macam 'eh, dah jumaat? Damn dah nak submission!'

Perkataan submission, KM, DO, BP, IWK, Sewerage, cukai tanah, harta, sijil carian bla bla bla whatevs... hoiiiiiii.... fobia sungguh rasanya... dah tahap check sendiri punya cukai pon rasa sadis jadinya... belum lagi rasa nak gugur jantung bila teringat perkataan tender. Terngiang-ngiang kat telinga jeritan client. Yaaaa...

Positivity ada datang sikit minggu ni. Aku ada masalah tak get along well dgn senior architect (SA) aku. Dia bukan kaki maki ye anak-anak. Jangan berprasangka...dia super pendiam. Sampai tahap aku lost yang menakutkan. Update idak..hape pon idak. So. Untuk work dalam team. Sangat lah susah. Sebab selagi tak tanya. Selagi tu sepi. Sepi yang menakutkan ye sepi dia. Dia dah jadi sampai tahap, rasa takmo tanya apa-apa kat dia. Takut pertanyaan itu menjadi satu bencana dan malapetaka tak berpenghujung. (Ye. Over. Aku tahu. ) setelah sedikit perbincangan bersama sama rakan sekerja (atau aku lebih yakin ianya sesi umpatan, bukan berbincang) dorang tanya aku, bila aku nak nangis kat opis. Sebab tak pernah miss lagi yg keje under SA ni tak nangis. So aku rasa aku normal.

Look at the weird side. Aku pon tak paham kenapa stress. Sebab dia bukan jenis marah langsung. Membebel pon tidak. Tenang lek je dia. Sekali kau. Dapat tengok dia bukak kuda-kuda otoked pon aku terasa kerdil. Hahahaha...belum lagi dia start bekerja. Sup sap sup sap. Siap. T_T. Apakah terlalu pantas? Tapi memang semua manusia yang masuk team dia akan stress. Maka, joke hambar untuk hari ni. Kalau kata la nak pindah keje esok2. Reference bukan boss besa. SA tu yg patut jadi. Kalau dah menang award esok2. Wajib mention nama dia. Sebab tanpa dia. Memang lambat nak bijaknya. Betapa seksa nya nak bkomunikasi smpai tahap kita takut nak lupa apa-apa sebab malas nak tanya dia.

Mampu? Ye. Mampu. Penangan seketul manusia pendiam gila. Memang dia takde nak guide-guide ni. Pandai-pandai cari jalan kaedahnya. Mungkin dia patut dijadikan idola.

Oke. Nak pegi sambung merenung nasib.

Berharap tak mimpi kerja malam ni. Seperti sadisnya hidup aku minggu lalu. Mimpi roller shutter. Sedih hoiii.

E N D

Sunday, April 13, 2014

yang pendam.

pernah rasa stress tapi tak tahu punca?

ye. aku tengah hadap hidup begitu. belum lagi kisah aku perlu hadap kisah seolah-olah aku tak layak langsung untuk tersembab seketika. ataupun kadang kala perlu orang lain yang tunjuk aku arah selain aku yang memberi arah.

takut? apa yang dirunsing? terlalu banyak sampai tak tahu yang mana satu punca sebenar. rasa mcm dejavu ayat ini. tak apa lah. dah terlambat untuk faham.

masa. sudah berapa kali aku cuba beri masa pada diri sendiri. beri cadangan pada diri sendiri untuk persetankan segala kisah dunia yang tak pernah ada noktah. mengingatkan diri sebenarnya Tuhan itu yang memberi rezeki. kenapa nak takut sangat? tapi, aku mana tahu jika sebenarnya keadaan membunuh sekarang rezeki aku. maka sesal lah aku menolak rezeki Nya.

negativity?
merata. walaupun kadang-kala. itu yang aku rasa yang aku mahu dengar. tapi automatic aku tahu. oh. ini bukan energy positive aku. yang terus kekal laksana psychiatrist terhebat. terima kasih kerana tahan dengan kegilaan ini. bukan aku minta aku jadi begini. aku cuba kawal. tapi, bateri pon ada tempoh masa berfungsi. apatah lagi hati manusia.

perbezaan baik dan buruk semakin kabur. kisah suka dan duka seperti sama. kalau aku mahu kata biar masa menentukan segala. aku dah tak ada daya. jangan minta aku sabar. jangan beri cadangan sampah.

contoh cadangan sampah. "cari lah sesiapa,"
kau ni sesiapa lah. ok. aku buat kesimpulan sendiri. kau tak mampu terima kegilaan ini.

"takkan kau". juga aku ambil kesimpulan mudah kau simpulkan aku tak berusaha kawal sebelum hilang kawalan.

aku pernah ada dalam situasi melihat mereka hilang kawalan dan hairan mengapa mereka biar itu jadi pada diri mereka. terkena sendiri. baru sedar. soalan yang salah boleh menjerumus ke  arah yang salah. cadangan yang bangang membuktikan betapa bangang aku terus kekal biarkan diri disakiti.

positive itu tinggal secebis di hati selebih nya di bibir sahaja. jika yang mengelilingi asyik sibuk suntik cas negative. jahanam lah apa yang ada.

keberanian yang hilang. bukan pudar. hilang.

- E N D -

Satu bulan

Satu bulan notis yang akan terus membentuk sebiji neraka dunia yang lengkap.

Pastikan satu bulan.

Rezeki itu Dia yang beri.

Saturday, April 12, 2014

Derai

Berderai.

Penat mereka cuba lekat semula.
Tapi pelekat nampaknya tak berkesan.

Dah tiba masa.

Perlu mula semula.

Di mana perlu mula? Bagaimana?

Sunday, April 6, 2014

Jatuh

Jatuh itu atas kebenaran diri.

Ada masa datang rasa perlu untuk tidak bangkit sekejap.

Setiap cubaan bangkit itu melelahkan.

Ya. Lumrah dunia.

Masa berjalan terus. Tapi aku mungkin akan berhenti. Itu pasti.

Yang hilang boleh dicari. Yang tak wujud?