nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 30, 2014

Alhamdulillah atas nikmat

Majlis resepsi Lop selesai. Semoga semuanya baik baik sahaja. Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu dari pelbagai sudut. Rasa ajaib sentiasa ada.

Sebak di pagi hari seperti yang telah dijangka. Yang menangis tidak terkira jumlahnya. Random kindness yang melampau-lampau. Sampai jadi sedih kerna dek malu dengan Tuhan. Kurang sungguh aku bersyukur.

Menangisnya kawan-kawan arwah lebih merunsingkan. Tapi ya. Sekurang-kurangnya cerita yang kami dengar semua yang indah-indah. Orang yang kami jumpa hari ini juga semua indah-indah belaka. Alhamdulillah.

Yang paling menyentuh?

Bila seluruh keluarga uncle usop datang. (Kawan bapak di umist) kebetulan terserempak di depan tempat drop off. Ibu dia menangis terus sebab dia terus cam, 'ini anak fihir, muka dia ni' dan seluruh keluarga turut menangis sekali. Menurut uncle usop,  dia tahu lewat. Beberapa minggu lepas kejadian. Bapak memang baik dengan seluruh keluarga mereka. Memang aku yang paling lama tak jumpa mereka. Kali terakhir sewaktu sekolah rendah barang kali. Tapi tak sukar untuk detect terutama yang 'membesar' bsama bapak. Kami memang banyak persamaan.

Tak lupa juga pakcik yang datang memperkenalkan diri bahawa dia pegawai MARA yang menjaga bapak sewaktu bapak belajar dulu. Aneh. Tapi ya. Dia tetap datang meskipun tahu orang yang dia pernah kenal sudah tiada lagi.

Semua kawan-kawan bapak yang datang hari ini, diuruskan oleh kawan-kawan bapak. Kami? Hanya tinggal perkenalkan diri sebagai keluarga.

Jadi. Kesimpulan untuk hari ini?

Bapak was a great man.

Hebatnya dia, hinggakan sampai bila dia sudah tiada, dia masih mampu buat sesiapa sahaja yang dikenalinya terus bersama kami. Malah lebih bersungguh-sungguh mahu dekati kami dan meneruskan silaturahim.

Aku harap, aku juga mampu jadi begitu.

Satu hari nanti.

E N D

Monday, March 24, 2014

Hilang

Kala hati tak terucap serabut
Kala diri menanti retak berderai
Allah hantar His little helpers untuk berbicara dengan hambaNya

Aku hilang. Aku tidak sedar aku hilang aku.

Maaf jika aku tidak sekental dulu
Maaf aku semakin lemah
Maaf juga kerana aku seolah-olah tidak positif lagi

Seribu satu kemungkinan
Seribu satu rahsia
Berjuta perancangan dari-Nya

Terlalu banyak untuk dihadamkan

Aku yang sekarang semakin hilang 'gah' yang dulu
Bak kata seorang sahabat.
"Tulang belakang kau hilang"

Benarlah
Tak pernah rasa segelap ini

Perlahan, akan aku kaut semula yang baik
Perlahan, akan aku cuba bangkit semula setelah tewas
Perlahan, akan aku cuba lukis kembali angan-angan seperti dulu
Perlahan, akan aku cuba cipta semula punca untuk kehidupan yang lebih bermakna

Dengan izinNya jua.

- E N D -

Sunday, March 23, 2014

Cita cita idaman.

Cita-cita?
Setelah habis semua kiranya peringkat pembelajaran. Aku simpulkan sebenarnya, cita-cita aku nak jadi suri rumah je. T_T.

Tapi sebab tak berkelayakan, faktor tidak berkahwin, or if kalau kahwin pon belum tentu boleh jadi suri rumah sebab faktor kewangan (unless aku kahwin orang kaya gils). Aku pon rasa mungkin cita-cita sekarang nak jadi penjual cupcake. Kalau aku kata nak jadi pelatih dolphin, macam melampau. Sebab berenang pon semput, jaga manusia pon fail lagi, camne nak jaga dolphin. T_T

Tapi. Tapi. Tapi. Bantahan untuk aku meninggalkan dunia akitek ni terlalu lah banyaknya. Maybe sebab macam dah bertahun tahun terbazir belajar macam nak mati. Lepas tu takmo jadi akitek. T_T

Ok. Ini entry tidak berwawasan. T_T

E.N.D

Saturday, March 22, 2014

That 'K' word

That's how one of the friends said it. And I'm not sure exactly what does that 'K' stands for. So, I'm assuming it is K for kurus. LOL.

Since the day I was back from Launnie, I've been receiving a lot of that K comment. Which I doubt. Hahaha. So, most probably, it's the camera angle, or the tudung I wore, or the clothes. Yes, I seriously lost weight during finals. Due to workloads and kesedihan melampau probably. During that time I no longer can fit all the pants. I need to wear either skirts or jeggings. And wearing belts didn't help much. Not that I like being fat. But I don't think losing weight that way is healthy. And yesterday, I re-insta my date with ziq n qil, and received a lot of text asking whether I am ok. (Sorry that I only realised the message once I woke up this morning).

I'm not sure how kurus I look like in the pics. But with all the text and all. I presume I look kurus than normally I do. And maybe look a bit 'ill'. Tapi sebenarnya sebab penat kot....~

So. To answer all the questions.

I'm good. Healthy Alhamdulillah. And. No. Saya tidak diet. Itu semua ilusi. Haha.

And thank you for all the love shown. Sayang korang! Terima lah daku yang tak berapa kurus ni seadanya...hahahahaha..

Monday, March 17, 2014

kerja gila

disebabkan aku dah kerja. rungutan seteruskan akan banyak berkisar kerja.

best ke jadi architect?

aku? aku tak suka. aku tatau salah carrier tu atau salah environment office atau aku yang bermasalah. yaaaa... it seems hard for me to enjoy doing it...haaa...so...hasilnya..???

T_T

*hari-hari fikir apa lagi aku boleh buat selain jadi architect.

- E N D -

Tuesday, March 11, 2014

hello dark circle

2nd day of work.

one word to describe it.

crazy.

- E N D -

Sunday, March 9, 2014

Bakal mula

Gaya kehidupan hectic bakal bermula esok.
Semoga dipermudahkan. Semoga tiada nervous yang bukan-bukan.

Kepada semua ahli keluarga mangsa MH370, semoga terus positive.

Berat mata melihat. Berat lagi hati yang menanggung. Total orang yang ada mutual friends dengan aku dah ada 8 orang. 5 orang ahli keluarga mereka. 3 lagi kawan.

Teruskan sama-sama berdoa untuk yang terbaik.

Friday, March 7, 2014

campur campur

okay.
entry ini akan jadi entry repekan. entry melalut. takde deep deep. takde. aku ada hari-hari rasa macam nak cakap macam macam. tapi malas nak bercakap. boleh?

so. dua tiga menjak. aku banyak received call dari kawan-kawan Bapak yang belum tahu berita. sebenarnya, agak susah untuk menyampaikan berita buruk. " Assalamualaikum, boleh cakap dengan En.Raja?" kalau aku kerek, aku boleh cakap, "saya bercakap" -_-..oke tak kelakar. macam-macam. dari yang nak bagi projek, nak tanya khabar, nak ajak ngopi and nak ajak pergi visit kawan diorang sakit pon ada. macam-macam reaction. banyak yang rasanya sama macam aku dulu waktu terima berita.

senyap. terkejut.

aku harap pakcik-pakcik tu tak jadi saiko macam aku selepas itu. aku dulu start menangis  teresak-esak selepas lebih kurang 15 minit letak telefon. aku siap boleh telefon mak aku balik (sebelum start menagis) mintak dia bertenang dengan suara yang super cool (yang call sampaikan berita ialah wanchik). mampu telefon kawan-kawan di Malaysia, mintak mereka lari selamatkan apa yang patut, teman mak aku, atau tolong lancarkan apa-apa jika tiada sesiapa yang bantu. dan seterusnya, ya. aku tewas juga. so. yang melihat. memang itu lah aku di kala yang paling tewas.

perit jerih kehidupan sepertinya semakin berlalu pergi. maksudnya, semua perkara sudah semakin 'jatuh ke tempat yang sepatutnya'. aku semakin matang  rasanya. memang tidak  ubah sepeti cerekarama hidup aku ni.

dah boleh mula perlahan-lahan untuk focus tentang diri sendiri juga. dan ini bermakna.

karier.

banyak juga mulut busuk yang berbunyi menjatuhkan. baik karier mahupun peribadi.
ya. menjadi anak dara tua di tanah malaya tidak mudah. apa saja yang tak pernah dilemparkan?
jika benar itu habuan aku. aku tak pasti manusia-manusia ini tahu jika bukan salah aku jika Dia mahu aku focus dengan terus berbakti untuk Mak. aku hanya pohon dikurniakan kesabaran hingga ke akhirnya.

karier?

aku tak boleh cakap aku sudah punya satu. tapi bakal bermula. akhirnya, ada juga yang mahu 'terima' aku  yang tak seberapa ini. jadi mengapa aku perlu tunggu lagi, kan? lama jodoh, lama lah. jika tidak, cukuplah sekadar mengutip pengalaman buat pedoman.

tipu kalau aku kata aku tak gentar mahu mula berjalan di laluan sendiri. sebelum ini aku sibuk bentang jalan untuk orang lalu. bila aku perlu bentang dan lalu sendiri. aku jadi panik sendiri, gelabah tak tentu hala.

lagi?

oh ya. gelabah berkurang semalam. pergi lawat jiran di prince court. another cancer patient. berkaca matanya lihat aku datang. dia antara manusia yang sangat excited aku belajar akitektur. dia teringin sangat mahu lihat anaknya jadi architect. tapi, ya lah, perkara begini bukan boleh dipaksa-paksa. punca gelabah kurang bukan kerana insaf setelah melawat orang sakit. aku boleh dikatakan sudah immune dengan pesakit cancer.aku tetap sedih. tapi aku jadi kental setiap kali. punca sebenar gelabah hilang ialah kerana doctor yang attractive yang attend jiran aku. dah lama rasanya aku tak jumpa orang aku rasa dia attractive. kali terakhir 2 tahun lalu. boyfriend gay friend aku. tapi selalunya mereka ini tidak photogenic. kalau stalk pasti kecewa sebab gambar pasti sedikit erkkk... so, kiranya sekarang aku kembali faham quote-quote yang ramai share pasal senyum  kita kadang-kadang mampu brighten up someone's day. because he just did. pfftttt... dahsat statement aku ni. hahahaha...

perkara-perkara happy lain ialah membaca thank you notes. selama-lama aku terasa menjadi beban. dah tak terucap terima kasih pada semua yang masih setia. rasa bahagia bila rasa seperti berjasa. terima kasih kerana menjadi positive. serba sedikit, aku terkena tempias positive itu. terima kasih kerana benarkan aku jadi sebahagian support system, kerana kalian jugak suport system aku.

owh. sebenarnya hidup ini indah. yang perlu, buang semua  kisah pahit, tinggalkan yang manis sahaja di kotak fikiran.

- E N D -

Sunday, March 2, 2014

Cara Hidup

Sepatutnya aku perlu tulis panjang panjang.

Tapi rasa marah ini terlalu dalam hingga mahu patah gigi aku ketap.

Hingga gigil tangan menahan marah.

Hingga aku sangat yakin jika mereka mereka ini depan mata, pasti aku tumbuk tidak ambil kira apa itu adab hormat orang tua.

Apa guna ilmu agama? Jika ada tapi tidak membantu.

Apa guna ilmu agama? Jika perangai duniawi seperti celaka.

Dosa dengan Tuhan mungkin terampun. Dosa sesama manusia?

Oh. Aku lupa. Engkau lebih pandai.

Saturday, March 1, 2014

Rapuh. Remuk.

Entah bila baru nak pandai hadam.

Ya. Hidup sepatutnya mudah. Yang menyusahkan itu manusia.

Yang paling susah nak tangani itu nafsu.

Yang paling jarang diguna sebaiknya itu akal.

Harapan? Kadang-kadang macam tiada.

Angan-angan? Sudah lama aku tidak punya satu.

Redha? Sudah. Doa? Dah mual juga acapkali dengar suruhan yang sama. Ibarat aku tidak pernah terlintas langsung untuk buat.

Kemahuan aku? Harapan aku? Agar kesabaran ini dikurniakanNya sampai aku menutup mata.

Pedulilah apa lagi penghakiman manusia. Aku mahu tunggu keajaiban. Tapi masih ramai di luar sana yang lebih perlu dan layak. Allahu.

Perasaan itu akal yang kawal.

Kacang

Aku tak allergic kacang.

Aku tak suka kacang. Tak suka rasa kacang. Tapi tak bermakna aku tak makan. Ada kuah kacang yang kena cara masak, aku boleh makan.Semalam aku makan. M&M ada kacang. Sebab masa tu aku panic. Aku ada habit akan mengunyah bila panic atau upset.

Hasilnya? Sampai hari ni. Tengok iklan magnum ada kacang. Loya macam masuk fear factor.

Tahniah Kunang.
T_T