nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 26, 2014

PHD

Ok. Mari kita bincangkan issue ini.

Ini bukan phd tu. Ini phd ini. Penyakit orang Melayu la senang cerita. Tipikal kita dengar. "Eleh, senang la kau ada kabel." Atau "Duit banyak senang la boleh jalan jalan tangkap gambar best-best".

Gittew.

Dengan kepesatan sosial media sekarang, dah tak pasti berapa banyak kebaikan yang dapat dihasilkan. Kalau dulu, jika punya sesuatu yang lebih, kita dinasihatkan agar tidak menunjuk-nunjuk. Tapi kini tidak lagi. Masing-masing berlumba nak upload, gamba yang paling hebat. (Ok..ayat mood ala-ala karangan sekolah dah aku rasa...layan je laa) Contoh, gambar hadiah, gamba restaurant terhebat, gamba gembira kita, gamba keluar masuk masjid, dan macam-macam gamba lagi.

Aku terjebak dalam satu sesi berjemah (bukan berjemaah ye! ) di mana topic hari tu banyak dikaitkan dengan instagram dan facebook. Ayat-ayat kerap hari itu.."Eh..si A pegi Italy eh? Aku nampak kemain lagi kat insta..untung laaaa..." or "Ala, orang cantik or handsome, memang la ramai followers, aku pakai baju lagi swag takde sape nak pandang pun" dan macam-macam lagi jenis ayat berupa comparison tidak sihat.

Tipu kalau takde terdetik langsung phd itu. "Untung laaa" tu pon dah show it. Unless tagline orang tu mmg "Untung laaa"

Aku? Ada. Aku hanya manusia biasa. Kalau aku rasa dengan melihat "kebahagiaan" orang lain boleh buat aku sawan. Aku memang tak rajin nak pegi lihat. Jadinya, memang normal kalau aku tak berapa update cerita si A atau B. Aku update cerita kawan-kawan terdekat je. Sebab bila memang dah dekat tu, takde dah phd ni. Kebahagiaan mu kebahagiaan ku jua...gittew...

Yang terbit phd ni selalu nya orang yang kita kenal, bukan kita kawan mahupun sayang. Jadi kalau aku ada sedikit rasa pelik pelik lepas tengok account sesape tu, aku terus sedarkan diri sendiri. No point aku nak rasa bukan-bukan. And kebahagian dia bukan kebahagiaan aku. Unfollow. Simple as that.

Lagi contoh?

Kes mudah. Wak doyok. Lantak dia nak pakai apa. Ko tak suka. Unfollow. Tak payah nak jadi haters sangat pun. Aku pun panas tengok dia bersuit bagai. So. Jangan tengok. Btol sangat dah tagline dia #akuyangpakaikoyangpanas.

Aku setuju dengan kegunaan social media untuk kempen derma semua tu. Yang aku tak setuju yang dok share macam2 fakta pelik (ye aku pon pernah buat), yang dok share hadith tak sahih sana sini, yang selfie seminit 2 kali, yang semualah dia yang paling bahagia sampai kalau orang tak berapa bahagia tengok mungkin jadi terguris.

Jadinya. Gunakanlah sosial media secara berhemah. Sebenarnya, pesan tok nenek dulu dulu tu masih relevant.

Tak baik menunjuk-nunjuk.

Ok. Account fb akan ditukar setting. Aku pun ala-ala menyampah dengan account sendiri. Soon. Soon.

Concept tak suka jangan tengok tu pon. Kalau pikir2 balik, ko cuba bayangkan ko makan sedap sebelah pelarian yang tengah lapar. Lepas tu ko cakap, "kalau tak suka jangan tengok, aku tengah happy ni, ko lapar bukan salah aku."

Ok. Dah terlebih pikir. Apa pon tak boleh la kau ni Kunang!

E N D

Saturday, February 22, 2014

Kenduri

Aku sangat lah memilih kenduri yang aku nak attend. Like. Aku kenal. Tapi tak rapat. 80% kemungkinan untuk tidak hadir.

Kalau kenal dan rapat. 80% kemungkinan untuk hadir.

Ada yang tak percaya. Tapi masih ada yg faham. How I hate kenduri. Not really hate. More to not comfortable being part of the kenduri.

Kenduri dalam kamus aku, ialah 'gathering' untuk orang yang happy bila aku happy dan orang yang sedih bila aku sedih. Senang cerita, gathering orang yang saling sayang menyayangi. Bukan orang yang hanya mahu tahu update aku. Bukan datang sebab nak tengok baju apa aku pakai, cantik tak decoration kenduri aku, cantik ke make up aku and duduk di meja bercerita pasal yang bukan-bukan. Bukan sebab kami satu sekolah. Bukan sebab kami satu uni, tpt kerja, studio etc. Bukan.

Ok. Tu kamus aku punya definition.

So kalau tiba-tiba aku kawen. Upacara kahwin aku jadi picnic untuk beberape orang kawan and aku masak-masak dan yang lain pon sama-sama potluck. Aku rasa itu lebih aku. Walaupun aku agak yakin mak aku akan menentang hebat jika ianya terjadi.

Ye la tu. Tricky bukan. Ada kawan rimas. Tak berkawan pun rimas. Ni semua gara-gara observation terlampau sewaktu kenduri kendara.

Tapi ye lah. Ramai yang kenal je. Berkawan nya tidak.

E N D

Tuesday, February 11, 2014

I remember

Dah lama blog ni tak dihias sesuatu yang ceria atau seronok untuk difikir-fikirkan.

.......Well I still remember the day it happened. The day my father passed away.

Kawan-kawan freaked out. Like super duper freaked out. I know they don't know how should they react, what should they do to calm myself down and all. I still remember one of my friends told me to lie down. Some of them want to give their shoulders, some offer hugs and actually many of them offer so many things. They thought maybe I would want to curl or be in that fetus position. Yup. Something like that. And I have no idea why they thought that lying down would calm me down. I did not lie down anyway. Peluk bantal juga tidak. Yang betul-betul aku ingat, ada 3 orang saja yang aku peluk waktu itu. Helen, Farra, Aboo. Selain itu, kawan-kawan lain, I have no idea why they made me tea, sirap bandung, brought me a lot of chocs, cooked for me, datang hari-hari teman aku buat kerja, bersengkang mata tolong aku buat kerja and aboo even flew to Tasmania for me. Teha called to say hi. I had countless number of wonderful friends texting and emailing to check me up. To say their best words and all. I have friends who I no longer contact messaged me at Facebook telling me not to worry because everything in Malaysia had been taken care. And 'semua urusan berjalan lancar'. Kak nadd and mieza yg keep me update about things in Malaysia. And everyone yang seriously be there during that hard time.

Masa tu. Aku tak boleh hadam kenapa semua orang boleh jadi semanis itu. Balasan apa yang aku boleh bagi?

Hari ni. Satu kawan diusik malang. Aku rasa sakit hati yang amat. Rasa macam nak pergi tolong rentap semua kesakitan dia buang jauh-jauh.

Ya. Kuasa kasih sayang. Pelik tapi benar. Pelik-pelik apa yang mampu perasaan ini lakukan. Ya. Perlu lebih bersyukur kerana dikurniakan mereka yang betul-betul tidak berkira sayang mereka. Yang tidak kisah seburuk mana pun aku. Sayang itu tetap sama. Yang tidak kisah pun jika sayang mereka lebih banyak dari sayang aku.

Kepada kawan yang aku pasti tahu siapa dirinya. Kekal rationale kuncinya. Perasaan itu akal yang kawal. Masih ramai yang ada. Masih ramai yang tak berkira kasih sayang. Yang pasti. Allah sentiasa ada. Kita sentiasa ada matlamat untuk hidup. I just want you to know. It is okay to be weak once in a while. Being strong is tiring. Kita manusia. Tak boleh kawal semua.

Monday, February 10, 2014

Mati itu benar

Kadang-kadang
Macam ternampak-nampak
Macam terdengar-dengar
Terbau-bau juga ada

Ya.
Allah berikan seribu macam perkara untuk aku fikirkan
Allah turunkan seribu macam cara untuk distract aku

Kadang-kadang aku rasa tidak adil
Aku tidak berpeluang untuk grief

Tapi
Setiap masa yang sedikit itu
Setiap masa yang sempat itu
Peritnya hati bila terkenang
Sepertinya tidak mampu aku tanggung

Betullah.
Dia sebaik-baik perancang.
Jika sentiasa sempat.
Aku pasti masih menangis di bucu apa pun tak mampu buat.

Aku bersyukur Allah beri aku 'sesuatu' untuk aku fikir
Syukur kerana beri sebab untuk aku terus bangkit
Kalau tiada sebab, aku sememangnya mahu saja biar diri terus tersungkur.

Monday, February 3, 2014

Satu satu

Satu dah tewas.
Mungkin next battle akan menang?
Mungkin.