nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 29, 2014

Question(s)

When I have too many unanswered question. And I have no idea who else should I ask. I need my father so badly so I can be myself again and feel no shame asking silly questions over and over again.

May He ease my journey.

Tuesday, January 28, 2014

Masa

Kalau masa boleh dibeli.
Aku dah beli berdozen-dozen.

Aku harap masa itu datang bersama tenaga.

Sama ada aku memang dah tua. Atau memang aku dah terlebih bekerja mengejar masa?

Wednesday, January 22, 2014

Bangkit lagi

Sudah hampir 3 bulan.
Kadang-kadang, rasa mahu berderai jantung bila rindu.
Kadang-kadang, empangan air mata pecah jua bila terlalu penat.
Kadang-kadang rasa mahu berhenti berharap dan biar diri tersembam.
Selalu saja rasa hilang punca, 'sumber' tempat aku bertanya apa jua silly question sudah tiada.
Semua perlu diusaha sendiri.
Walau sekelumit pengetahuan ringkas. Semua nya sendiri.

Terlihat post seorang sahabat, memetik dialog 'ayat-ayat cinta'. "Tuhan sedang berbicara denganmu,"

'Bicara' ini lambat sedikit untuk aku faham. Namun tidak henti aku cuba untuk fahami.

Benarkan Dia bimbing kamu.

After all, kita manusia. Takkan mampu buat semua.

Friday, January 17, 2014

With difficulty is surely ease

Too many major bad news in a day. Not that im not use to this bad news thingy lately. But today, they are all major bad. May Allah bring us joy, bring us closer to him, give us all the strength we need and we, keep on striving on being a better khalifah. InshaAllah.

Tuesday, January 14, 2014

Manusia tak tahu. Tuhan tahu. Ya. Tuhan tahu.

Abaikan manusia selagi boleh.

Saturday, January 11, 2014

Bangkit

Jumpa Tok Sulong hari ni.

Saling tak tumpah. Kalau Bapak sempat tua. Begitu lah rupa dia.

Ya. Hari ini tewas dengan perasaan sendiri.

Tak apalah. Jatuh seribu kali. Bangkit semula seribu satu kali sekurang-kurangnya.

InsyaAllah.

Wednesday, January 8, 2014

Azam tahun ni?

Untuk melaksanakan azam-azam tahun lepas yang belum tercapai. Salah satunya. Jangan beli buku lain dah selain buku pelajaran. Dah tahap tak tahu nak letak mana dah semua. Buku architecture banyak. Buku tak architecture pon banyak.. T_T

Koleksi hot wheels dan vw di rak terpaksa dialih demi meletak buku-buku yang belum bertempat.

Dalam banyak banyak collection. Mesti lah mak nak suruh aku buang comic-comic aku. Yaaaaa...grow up Kunang.

Tak boleh tak boleh...pengorbanan takleh banyak dalam satu satu masa. Hot wheels dah terkorban. Comic next time plak kita korban?

*sigh

Tak terkata

Bila terlalu banyak dalam kepala tapi tak terkata.

Wahai hati. Tabahlah.

Saturday, January 4, 2014

Masa lah

Ada hari hari. Kadang-kadang otak buat perangai. Rasa macam in denial Bapak memang dah tak ada. Rasa macam macam sebab tak dapat jumpa pun untuk kali terakhir. Rasa macam macam sebab tak sempat buat itu ini. Rasa macam dah penat sangat jadi sekuat ini. Rasa dah taknak buat apa apa. Nak baring sekejap. Tak berfikir apa apa. Sebab aku sendiri dah tak faham definisi rehat.

Things sebenarnya dah slow down. Tapi belum cukup slow.

Kadang-kadang rasa nak skip masa. Macam dah taknak hadap.

Rasa ini akan reda.

Thursday, January 2, 2014

Sedikit dugaan

Sedikit dugaan sebenarnya mengajar kita agar terus bersyukur dengan segala nikmat yang pernah diberikan. Apalah sangat dugaan yang sedikit ini jika dibandingkan dengan nikmat yang melimpah ruah.