nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 6, 2014

hampir

20141003 - Jumaat
Hari Arafah
waktu yang sama dalam kalendar islam tahun lepas, aku tengah dalam keadaan sedih bila hati dijentik Ilahi untuk ingat semula doa yang pernah aku buat lebih kurang 10 tahun lalu untuk arwah bapak yang waktu itu sakit di tanah suci. masih jelas di otak, doa aku waktu itu, tolong bukan sekarang!

20141025 - Ahad
Aidil Adha
waktu sama kalendar islam, tahun 2012, ayah pergi menghadap Ilahi, Bapak masih ada. masih ingat menaiki kereta jenazah bersama-sama staf Petronas untuk mengambil jenazah di MAS kargo. Pengalaman yang jarang-jarang semua orang ada.Menjemput satu jenazah sudah cukup mengelirukan hati, tak terbayang mereka yang bertugas menjemput jenazah-jenazah MH17.

Akan datang 20141024
Akan genap setahun pemergian Bapak. Waktu sama tahun lepas, sedang bertungkus lumus menyiapkan report design. Bohong kalau aku kata aku tak berdebar dengan tarikh itu. Bak kata Mak, tak ada sehari pun yang dia tidak teringatkan arwah. Aku faham benar. Aku yang sibuk pun tidak pernah lupa, apatah lagi dia.

Untuk hari-hari yang aku hampir putus asa, beramai-ramai mereka teguh berdiri di sisi tanpa jemu.

Terima kasih.

Satu perkara, tolong ingatkan aku untuk terus kekal rational.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: