nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 28, 2014

Tusen

Hasil observation.

Kisah 1.
Anak OKU yang ditinggal ibu. Heboh kisah ini. Ye lah. Salah ibu kerana mengabaikan. Tapi mana pula tanggung jawab masyarakat? Jiran? Kenapa tiada yang peduli? Mungkin ramai yang tak tahu prosedur meminta bantuan di sini tidak lah mudah mana. (Bukan niat menyalahkan kerajaan atau sesiapa) tapi ramai yang tak tahu, hidup ini penuh prosedur. Salah dia sekarang. Salah kita belum tahu. Banyak dilihat manusia-manusia sejagat menghukum tanpa usul periksa.

Cadangan.
Mulakan dengan selalu membantu. Cari mana2 keluarga susah yang memerlukan bantuan. Bantu. Beri 'ikan' atau 'pemancing'. Jangan asyik bercakap. Lakukan sesuatu! Jangan sibuk menghakimi, bercakap bukan-bukan, menuduh dan menyebar fitnah dengan menjadi keyboard warrior.

Tak tahu bagaimana nak membantu? Saya sedia membantu anda membantu. Moga dengan lebih ramai yang bersama, semakin ramai dapat dibantu insyaAllah.

Alasan kisah 1?
Pernah ada. Pernah saksikan. Pernah ada kawan terdekat. Yang menjalani proses meminta bantuan dan dibantu tanpa dipinta. Meminta bantuan tapi ditolak dengan alasan tidak layak. Dengan alasan kertas kerja tiada. Melihat ibu yang ditinggal suami dengan 6 anak hingga buta akibat terlalu sedih dan dicemuh masyarakat kerana mengabaikan anak-anak. Pergi bekerja tiada siapa yang menjaga anak-anak dicemuh masyarakat sekejam-kejamnya. Tanpa consider. Duit tidak datang bergolek. Tapi dalam kes yang pernah di perhati ini, jiran tetangga sangat concern. JKM datang ambil adik beradik ini. Alhamdulillah, 'menjadi' semuanya. Tapi ye lah. Masing-masing perfect parents. Kesilapan begini sukar diterima.

Mereka tidak pernah 'tersepit'.

Kisah 2
Hasil share di sosial media.
Semakin banyak keburukan dapat dilihat dari kebaikan dengan ruang maklumat tanpa sempadan ini. Semakin banyak 'fakta' tidak sahih dikongsi. Semakin banyak kemewahan dikongsi dengan alasan ingin berkonsi kebahagiaan. Semakin banyak monolog dalaman yang sudah tidak cukup peribadi lagi. Semakin banyak ibu-ibu hebat yang merasakan kisah berapa banyak susu yang dihasilkan sehari itu normal untuk dikongsi bersama dunia.

Cadangan dan alasan
Mula bertimbang tara. Tidak semua perkara perlu dikongsi bersama. Berkongsi kisah berapa banyak susu mampu dihasilkan sehari sama awkward dengan kisah berapa banyak sperm mampu dihasilkan lelaki sehari. Tak berdosa, tak salah, tapi sedikit inappropriate. Berkongsi kebahagiaan? Riak bukan terjadi bila kita sedar keadaan itu. Nikmat Tuhan beri adalah untuk kita belajar erti syukur. Bukan untuk dikongsi perasaan gembira kita bersama 'kawan-kawan' yang beribu di laman maya. Mungkin kita belum terkena, bila-bila ada hari bad day, kita lihat orang lain menayang nikmat dunia mereka, terbit rasa hasad di dalam diri. Siapa yang salah? Yang hasad atau yang menayang? Tujuan tayang? Yang ramai- ramai share segala macam 'fakta' haram dab sebagainya. Analogi mudah. Ibarat seorang architect yang tiba-tiba expert pasal sesuatu di luar bidang. Berkongsi kisah ibadah yang telah ditunaikan pun boleh jadi issue riak. Tapi manusia sekarang, kalau tak tangkap gambar Quran,  dia bilang kita tak baca Quran. Begitulah zaman sekarang. Tiada istilah beribadah diam-diam. Tak tunjuk, tak buat lah tu. Fikir semula sebelum share. Kadang-kadang apa yang kita post, buat kedudukan kita sama keji dengan orang kaya yang makan sedap di sebelah pengemis yang berhari tak makan.

Kisah 3
Berkata-katalah menggunakan otak. Bukan hati semata.

Akhir-akhir ini. Banyak group whatsapp telah ditinggalkan. Tidak mendatangkan apa-apa faedah selain daripada hanya mengekalkan silaturahim. Belum kira lagi sakit hati dengan unnecessary hanjingan. Dengan kata-kata yang tak melegakan pon bad day yang tak tertanggung.

Sekali lagi. Berwaspadalah berkongsi kebahagiaan. Kebahagiaan kita belum tentu jadi kebahagiaan orang lain. Bergurau ada batasnya. Jadi berfikir sebelum bergurau. Kita tak selalu betul. Untuk aku? Orang tak mahu berkawan. Aku berlalu. Orang berkawan bersebab? Aku mengelak. Orang berkawan sebab bermacam2 sebab. Berundur. Apa guna kawan berjuta tapi yang betul- betul boleh pakai sebelah jari pun tak penuh kira.

Ya. Hingga hari ini. Masih terus cuba jadi kawan yang berguna kepada yang masih mahu aku.

Okay. Sekian sesi tusen untuk hari ini. Jumpa lagi di sesi sesi lain.

E N D

0 respond(s) to this blog: