nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 22, 2014

need to start believing

so..life hasn't been really good lately... to make it worst... bila kawan-kawan 'terdekat' make fun of you all the time.

Selalunya, manusia tak mahu faham jika tidak mahu membantu, jangan ditambah lagi bebanan seseorang itu. Pergi jahanam dengan lawak korang. Bercakap memang mudah sangat. Membenci lagi la mudah. Apa yang orang lain buat semuanya bajet bagus. Apa yang kau buat semuanya bagus.

Maka. Entry emo sebegini jangan dilayan sangat. Hanya mahu ingatkan pada semua, bersyukurlah. Jangan sibuk menghakimi.

Banyak yang aku pelajari, seperti, bergurau ada batasnya. Kesibukan sesetengah manusia itu, jika 'dilawakkan' juga. Memang mana erti kemanusiaan? Sama saja seperti kita buat lawak pasal insan-insan malang di Syria dan Palestin situasi nya. Cuma beza aku, jauh lebih bertuah dari mereka di sana, dan sedikit malang dari hidup korang yang sempurna itu.

Akan aku teruskan plan gila aku dek kerana masih sayangkan tubuh yang Allah kurniakan ini. Kemahuan yang bersisa ini, semoga terus bertambah hendaknya.

Maka, belajarlah erti tanggung jawab. Belajarlah erti menghormati situasi manusia lain. Belajarlah untuk melihat setiap kejadian dari pelbagai sudut. Jika kesusahan orang lain pun boleh disendakan, segeralah kembali ke pangkal jalan.

Satu status di FB yang betul-betul buat aku berfikir dan rasional kembali.

"Kadang kadang, kita rasa seperti jatuh tersungkur terlentang. Ambil masa tenung balik kenapa boleh tergolek. Barangkali kita sendiri pernah terbuang kulit pisang menyebabkan org lain tersadung. Masa ni lah peluang kita nk scan balik diri kita."

Scan. Jangan disalur cas negatif kepada manusia yang perlukan cas positif.
Jangan bergurau jika gurauan itu tidak menghiburkan. Setiap seorang dari kita, ada their own battle.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: