nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 13, 2014

R A W A K

lama kelamaan, aku makin tak tahu apa yang aku kejarkan.
makin pudar, makin kabur.

tapi bila diingat semula kata-kata seorang sahabat sewaktu roadtrip ke pantai timur tempoh hari,
"kunci yang dicari selalunya takkan dijumpai, selalunya akan muncul tiba-tiba tanpa dijangka."

Seperti biasa, aku cuba digest ayat-ayat penuh kiasan begini. Aku memang hebat bab-beb spekulasi kencang dengan diri sendiri.

Pada yang rapat, pasti nampak saat-saat aku ranap. Tahap tertekan aku sehinggakan aku rasa aku sendiri tak mampu bantu diri sendiri. Tahap depression aku dah tahap kalau orang tu tak cukup sayangkan aku, mungkin dia akan tinggalkan aku terumbang ambing sebab aku ni dah tahap tak mendatangkan faedah dah.

Sehinggalah Allah aturkan kematian demi kematian. Kehilangan demi kehilangan. Ujian demi ujian. Tiba-tiba semangat yang hilang entah ke mana, seperti dipulangkan semula 'pencuri' nya. Sungguh, kalau hidup aku dibukukan, mahupun difilemkan, banyak rasanya 'moral of the story.' Yang boleh diguna pakai oleh manusia-manusia ketakutan di luar sana. Namun, masih ramai lagi kehidupan orang lain yang lebih banyak moral nya.

Ada few kematian. Ada few berita orang sakit. Ada few masalah orang sekeliling yang membuka mata. Ada few makcik/pakcik/anak kecil/random manusia tepi jalan yang buat aku berfikir. Dan yang terbaru, emak kakak ipar pula meninggal (11 May 2014). Semakin aku sedar. Ajaib nya semangat yang Tuhan bagi. Di kala semua manusia masih fobia, aku masih mampu hadap. Tangan aku yang mereka genggam, menggambarkan rasa takut mereka menghadapi dunia.

Maka, kasihnya mereka yang masih bersama aku hingga hari ini, tiada galang gantinya. (aku maksudkan, yang tiada hubungan keluarga, yang ada connection, tidak banyak ruang untuk lari) menangani manusia depress bukan mudah. Sebab aku sendiri benci diri sendiri, aku sendiri rasa diri ini tidak berharga. Rasa seperti tiada sebab untuk mereka kekal di sisi. Tapi bila rationale itu kembali, aku sedar semula kata-kata mereka yang masih setia, "aku yakin kau akan stay kalau ini jadi pada aku,"

tinggi betul keyakinan mereka. Terima Kasih.

Terima kasih untuk semua unconditional love. Terima kasih kerana terima perangai-perangai pelik. Terima kasih kerana masih tidak benci aku. Terima kasih tidak jemu-jemu bertanya khabar.

Terima kasih kerana faham habuan hidup masing-masing sebenarnya berbeza dan tak pernah persoal pasal komitmen. Ya. Masih ada yang persoal dan berkata "kalau kau kahwin, kau kena ikut suami juga" atau "kenapa kau seorang yang perlu buat semua?" atau "kenapa selalu sangat kena balik kampung?" atau "kenapa selalu sangat kena meeting?"

Ya. Itu semua soalan-soalan "standard" yang selalu aku terima. Aku kadang-kadang curiga mereka ini kawan atau tidak.

Jawapan aku yang selalu aku pendam dek malas mahu bertelingkah, "selagi belum bersuami, prioriti aku masih kekal mak aku." untuk soalan-soalan lain, "kalau ini ialah show, show ini show aku, it's a one-man show, tiada team, hidup kau mudah, mengapa perlu persoal hidup orang lain susah?"

Ya sudah lah. Kalau tak sakit, tidak beringat bukan? Kita tidak boleh expect semua faham keadaan kita.

Macam yang selalu aku cakap, "Apa juga yang berlaku pada diri kita, semuanya kerana kita yang benarkan ianya berlaku. Jika kita benarkan diri kita jatuh, jatuhlah kita."

Taring aku hilang. Tulang belakang kembali lembut. Kawan yang dah lama kenal mungkin tidak sependapat dengan kawan yang baru kenal aku. Mereka kenal aku sebagai seorang yang kental dan tidak mudah kalah, aggressive, garang, itu semua aku. Kawan yang baru, jumpa aku yang sekarang, "Mana ada Kunang garang," begitu sekali hilang terus aggressive aku.

Jadi, jika tanya aku sekarang, apa plan aku? Apa yang aku kejarkan?
Aku mahu kejar "happiness".
Aku akan cari jalan ke sana.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: