nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, April 13, 2014

yang pendam.

pernah rasa stress tapi tak tahu punca?

ye. aku tengah hadap hidup begitu. belum lagi kisah aku perlu hadap kisah seolah-olah aku tak layak langsung untuk tersembab seketika. ataupun kadang kala perlu orang lain yang tunjuk aku arah selain aku yang memberi arah.

takut? apa yang dirunsing? terlalu banyak sampai tak tahu yang mana satu punca sebenar. rasa mcm dejavu ayat ini. tak apa lah. dah terlambat untuk faham.

masa. sudah berapa kali aku cuba beri masa pada diri sendiri. beri cadangan pada diri sendiri untuk persetankan segala kisah dunia yang tak pernah ada noktah. mengingatkan diri sebenarnya Tuhan itu yang memberi rezeki. kenapa nak takut sangat? tapi, aku mana tahu jika sebenarnya keadaan membunuh sekarang rezeki aku. maka sesal lah aku menolak rezeki Nya.

negativity?
merata. walaupun kadang-kala. itu yang aku rasa yang aku mahu dengar. tapi automatic aku tahu. oh. ini bukan energy positive aku. yang terus kekal laksana psychiatrist terhebat. terima kasih kerana tahan dengan kegilaan ini. bukan aku minta aku jadi begini. aku cuba kawal. tapi, bateri pon ada tempoh masa berfungsi. apatah lagi hati manusia.

perbezaan baik dan buruk semakin kabur. kisah suka dan duka seperti sama. kalau aku mahu kata biar masa menentukan segala. aku dah tak ada daya. jangan minta aku sabar. jangan beri cadangan sampah.

contoh cadangan sampah. "cari lah sesiapa,"
kau ni sesiapa lah. ok. aku buat kesimpulan sendiri. kau tak mampu terima kegilaan ini.

"takkan kau". juga aku ambil kesimpulan mudah kau simpulkan aku tak berusaha kawal sebelum hilang kawalan.

aku pernah ada dalam situasi melihat mereka hilang kawalan dan hairan mengapa mereka biar itu jadi pada diri mereka. terkena sendiri. baru sedar. soalan yang salah boleh menjerumus ke  arah yang salah. cadangan yang bangang membuktikan betapa bangang aku terus kekal biarkan diri disakiti.

positive itu tinggal secebis di hati selebih nya di bibir sahaja. jika yang mengelilingi asyik sibuk suntik cas negative. jahanam lah apa yang ada.

keberanian yang hilang. bukan pudar. hilang.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: