nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 18, 2014

Mahu bebel

Ok. Ni bukan entry stress emo. Ni entry stress biasa biasa.

Minggu ni terlaaaaaallluuuuu busy hinggakan rasa macam 'eh, dah jumaat? Damn dah nak submission!'

Perkataan submission, KM, DO, BP, IWK, Sewerage, cukai tanah, harta, sijil carian bla bla bla whatevs... hoiiiiiii.... fobia sungguh rasanya... dah tahap check sendiri punya cukai pon rasa sadis jadinya... belum lagi rasa nak gugur jantung bila teringat perkataan tender. Terngiang-ngiang kat telinga jeritan client. Yaaaa...

Positivity ada datang sikit minggu ni. Aku ada masalah tak get along well dgn senior architect (SA) aku. Dia bukan kaki maki ye anak-anak. Jangan berprasangka...dia super pendiam. Sampai tahap aku lost yang menakutkan. Update idak..hape pon idak. So. Untuk work dalam team. Sangat lah susah. Sebab selagi tak tanya. Selagi tu sepi. Sepi yang menakutkan ye sepi dia. Dia dah jadi sampai tahap, rasa takmo tanya apa-apa kat dia. Takut pertanyaan itu menjadi satu bencana dan malapetaka tak berpenghujung. (Ye. Over. Aku tahu. ) setelah sedikit perbincangan bersama sama rakan sekerja (atau aku lebih yakin ianya sesi umpatan, bukan berbincang) dorang tanya aku, bila aku nak nangis kat opis. Sebab tak pernah miss lagi yg keje under SA ni tak nangis. So aku rasa aku normal.

Look at the weird side. Aku pon tak paham kenapa stress. Sebab dia bukan jenis marah langsung. Membebel pon tidak. Tenang lek je dia. Sekali kau. Dapat tengok dia bukak kuda-kuda otoked pon aku terasa kerdil. Hahahaha...belum lagi dia start bekerja. Sup sap sup sap. Siap. T_T. Apakah terlalu pantas? Tapi memang semua manusia yang masuk team dia akan stress. Maka, joke hambar untuk hari ni. Kalau kata la nak pindah keje esok2. Reference bukan boss besa. SA tu yg patut jadi. Kalau dah menang award esok2. Wajib mention nama dia. Sebab tanpa dia. Memang lambat nak bijaknya. Betapa seksa nya nak bkomunikasi smpai tahap kita takut nak lupa apa-apa sebab malas nak tanya dia.

Mampu? Ye. Mampu. Penangan seketul manusia pendiam gila. Memang dia takde nak guide-guide ni. Pandai-pandai cari jalan kaedahnya. Mungkin dia patut dijadikan idola.

Oke. Nak pegi sambung merenung nasib.

Berharap tak mimpi kerja malam ni. Seperti sadisnya hidup aku minggu lalu. Mimpi roller shutter. Sedih hoiii.

E N D

0 respond(s) to this blog: