nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 7, 2014

campur campur

okay.
entry ini akan jadi entry repekan. entry melalut. takde deep deep. takde. aku ada hari-hari rasa macam nak cakap macam macam. tapi malas nak bercakap. boleh?

so. dua tiga menjak. aku banyak received call dari kawan-kawan Bapak yang belum tahu berita. sebenarnya, agak susah untuk menyampaikan berita buruk. " Assalamualaikum, boleh cakap dengan En.Raja?" kalau aku kerek, aku boleh cakap, "saya bercakap" -_-..oke tak kelakar. macam-macam. dari yang nak bagi projek, nak tanya khabar, nak ajak ngopi and nak ajak pergi visit kawan diorang sakit pon ada. macam-macam reaction. banyak yang rasanya sama macam aku dulu waktu terima berita.

senyap. terkejut.

aku harap pakcik-pakcik tu tak jadi saiko macam aku selepas itu. aku dulu start menangis  teresak-esak selepas lebih kurang 15 minit letak telefon. aku siap boleh telefon mak aku balik (sebelum start menagis) mintak dia bertenang dengan suara yang super cool (yang call sampaikan berita ialah wanchik). mampu telefon kawan-kawan di Malaysia, mintak mereka lari selamatkan apa yang patut, teman mak aku, atau tolong lancarkan apa-apa jika tiada sesiapa yang bantu. dan seterusnya, ya. aku tewas juga. so. yang melihat. memang itu lah aku di kala yang paling tewas.

perit jerih kehidupan sepertinya semakin berlalu pergi. maksudnya, semua perkara sudah semakin 'jatuh ke tempat yang sepatutnya'. aku semakin matang  rasanya. memang tidak  ubah sepeti cerekarama hidup aku ni.

dah boleh mula perlahan-lahan untuk focus tentang diri sendiri juga. dan ini bermakna.

karier.

banyak juga mulut busuk yang berbunyi menjatuhkan. baik karier mahupun peribadi.
ya. menjadi anak dara tua di tanah malaya tidak mudah. apa saja yang tak pernah dilemparkan?
jika benar itu habuan aku. aku tak pasti manusia-manusia ini tahu jika bukan salah aku jika Dia mahu aku focus dengan terus berbakti untuk Mak. aku hanya pohon dikurniakan kesabaran hingga ke akhirnya.

karier?

aku tak boleh cakap aku sudah punya satu. tapi bakal bermula. akhirnya, ada juga yang mahu 'terima' aku  yang tak seberapa ini. jadi mengapa aku perlu tunggu lagi, kan? lama jodoh, lama lah. jika tidak, cukuplah sekadar mengutip pengalaman buat pedoman.

tipu kalau aku kata aku tak gentar mahu mula berjalan di laluan sendiri. sebelum ini aku sibuk bentang jalan untuk orang lalu. bila aku perlu bentang dan lalu sendiri. aku jadi panik sendiri, gelabah tak tentu hala.

lagi?

oh ya. gelabah berkurang semalam. pergi lawat jiran di prince court. another cancer patient. berkaca matanya lihat aku datang. dia antara manusia yang sangat excited aku belajar akitektur. dia teringin sangat mahu lihat anaknya jadi architect. tapi, ya lah, perkara begini bukan boleh dipaksa-paksa. punca gelabah kurang bukan kerana insaf setelah melawat orang sakit. aku boleh dikatakan sudah immune dengan pesakit cancer.aku tetap sedih. tapi aku jadi kental setiap kali. punca sebenar gelabah hilang ialah kerana doctor yang attractive yang attend jiran aku. dah lama rasanya aku tak jumpa orang aku rasa dia attractive. kali terakhir 2 tahun lalu. boyfriend gay friend aku. tapi selalunya mereka ini tidak photogenic. kalau stalk pasti kecewa sebab gambar pasti sedikit erkkk... so, kiranya sekarang aku kembali faham quote-quote yang ramai share pasal senyum  kita kadang-kadang mampu brighten up someone's day. because he just did. pfftttt... dahsat statement aku ni. hahahaha...

perkara-perkara happy lain ialah membaca thank you notes. selama-lama aku terasa menjadi beban. dah tak terucap terima kasih pada semua yang masih setia. rasa bahagia bila rasa seperti berjasa. terima kasih kerana menjadi positive. serba sedikit, aku terkena tempias positive itu. terima kasih kerana benarkan aku jadi sebahagian support system, kerana kalian jugak suport system aku.

owh. sebenarnya hidup ini indah. yang perlu, buang semua  kisah pahit, tinggalkan yang manis sahaja di kotak fikiran.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: