nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 30, 2014

Alhamdulillah atas nikmat

Majlis resepsi Lop selesai. Semoga semuanya baik baik sahaja. Terima kasih tak terhingga kepada yang membantu dari pelbagai sudut. Rasa ajaib sentiasa ada.

Sebak di pagi hari seperti yang telah dijangka. Yang menangis tidak terkira jumlahnya. Random kindness yang melampau-lampau. Sampai jadi sedih kerna dek malu dengan Tuhan. Kurang sungguh aku bersyukur.

Menangisnya kawan-kawan arwah lebih merunsingkan. Tapi ya. Sekurang-kurangnya cerita yang kami dengar semua yang indah-indah. Orang yang kami jumpa hari ini juga semua indah-indah belaka. Alhamdulillah.

Yang paling menyentuh?

Bila seluruh keluarga uncle usop datang. (Kawan bapak di umist) kebetulan terserempak di depan tempat drop off. Ibu dia menangis terus sebab dia terus cam, 'ini anak fihir, muka dia ni' dan seluruh keluarga turut menangis sekali. Menurut uncle usop,  dia tahu lewat. Beberapa minggu lepas kejadian. Bapak memang baik dengan seluruh keluarga mereka. Memang aku yang paling lama tak jumpa mereka. Kali terakhir sewaktu sekolah rendah barang kali. Tapi tak sukar untuk detect terutama yang 'membesar' bsama bapak. Kami memang banyak persamaan.

Tak lupa juga pakcik yang datang memperkenalkan diri bahawa dia pegawai MARA yang menjaga bapak sewaktu bapak belajar dulu. Aneh. Tapi ya. Dia tetap datang meskipun tahu orang yang dia pernah kenal sudah tiada lagi.

Semua kawan-kawan bapak yang datang hari ini, diuruskan oleh kawan-kawan bapak. Kami? Hanya tinggal perkenalkan diri sebagai keluarga.

Jadi. Kesimpulan untuk hari ini?

Bapak was a great man.

Hebatnya dia, hinggakan sampai bila dia sudah tiada, dia masih mampu buat sesiapa sahaja yang dikenalinya terus bersama kami. Malah lebih bersungguh-sungguh mahu dekati kami dan meneruskan silaturahim.

Aku harap, aku juga mampu jadi begitu.

Satu hari nanti.

E N D

1 respond(s) to this blog:

Anonymous said...

Congratz on your bro's wedding Kuna!!~