nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 26, 2014

PHD

Ok. Mari kita bincangkan issue ini.

Ini bukan phd tu. Ini phd ini. Penyakit orang Melayu la senang cerita. Tipikal kita dengar. "Eleh, senang la kau ada kabel." Atau "Duit banyak senang la boleh jalan jalan tangkap gambar best-best".

Gittew.

Dengan kepesatan sosial media sekarang, dah tak pasti berapa banyak kebaikan yang dapat dihasilkan. Kalau dulu, jika punya sesuatu yang lebih, kita dinasihatkan agar tidak menunjuk-nunjuk. Tapi kini tidak lagi. Masing-masing berlumba nak upload, gamba yang paling hebat. (Ok..ayat mood ala-ala karangan sekolah dah aku rasa...layan je laa) Contoh, gambar hadiah, gamba restaurant terhebat, gamba gembira kita, gamba keluar masuk masjid, dan macam-macam gamba lagi.

Aku terjebak dalam satu sesi berjemah (bukan berjemaah ye! ) di mana topic hari tu banyak dikaitkan dengan instagram dan facebook. Ayat-ayat kerap hari itu.."Eh..si A pegi Italy eh? Aku nampak kemain lagi kat insta..untung laaaa..." or "Ala, orang cantik or handsome, memang la ramai followers, aku pakai baju lagi swag takde sape nak pandang pun" dan macam-macam lagi jenis ayat berupa comparison tidak sihat.

Tipu kalau takde terdetik langsung phd itu. "Untung laaa" tu pon dah show it. Unless tagline orang tu mmg "Untung laaa"

Aku? Ada. Aku hanya manusia biasa. Kalau aku rasa dengan melihat "kebahagiaan" orang lain boleh buat aku sawan. Aku memang tak rajin nak pegi lihat. Jadinya, memang normal kalau aku tak berapa update cerita si A atau B. Aku update cerita kawan-kawan terdekat je. Sebab bila memang dah dekat tu, takde dah phd ni. Kebahagiaan mu kebahagiaan ku jua...gittew...

Yang terbit phd ni selalu nya orang yang kita kenal, bukan kita kawan mahupun sayang. Jadi kalau aku ada sedikit rasa pelik pelik lepas tengok account sesape tu, aku terus sedarkan diri sendiri. No point aku nak rasa bukan-bukan. And kebahagian dia bukan kebahagiaan aku. Unfollow. Simple as that.

Lagi contoh?

Kes mudah. Wak doyok. Lantak dia nak pakai apa. Ko tak suka. Unfollow. Tak payah nak jadi haters sangat pun. Aku pun panas tengok dia bersuit bagai. So. Jangan tengok. Btol sangat dah tagline dia #akuyangpakaikoyangpanas.

Aku setuju dengan kegunaan social media untuk kempen derma semua tu. Yang aku tak setuju yang dok share macam2 fakta pelik (ye aku pon pernah buat), yang dok share hadith tak sahih sana sini, yang selfie seminit 2 kali, yang semualah dia yang paling bahagia sampai kalau orang tak berapa bahagia tengok mungkin jadi terguris.

Jadinya. Gunakanlah sosial media secara berhemah. Sebenarnya, pesan tok nenek dulu dulu tu masih relevant.

Tak baik menunjuk-nunjuk.

Ok. Account fb akan ditukar setting. Aku pun ala-ala menyampah dengan account sendiri. Soon. Soon.

Concept tak suka jangan tengok tu pon. Kalau pikir2 balik, ko cuba bayangkan ko makan sedap sebelah pelarian yang tengah lapar. Lepas tu ko cakap, "kalau tak suka jangan tengok, aku tengah happy ni, ko lapar bukan salah aku."

Ok. Dah terlebih pikir. Apa pon tak boleh la kau ni Kunang!

E N D

0 respond(s) to this blog: