nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 10, 2014

Mati itu benar

Kadang-kadang
Macam ternampak-nampak
Macam terdengar-dengar
Terbau-bau juga ada

Ya.
Allah berikan seribu macam perkara untuk aku fikirkan
Allah turunkan seribu macam cara untuk distract aku

Kadang-kadang aku rasa tidak adil
Aku tidak berpeluang untuk grief

Tapi
Setiap masa yang sedikit itu
Setiap masa yang sempat itu
Peritnya hati bila terkenang
Sepertinya tidak mampu aku tanggung

Betullah.
Dia sebaik-baik perancang.
Jika sentiasa sempat.
Aku pasti masih menangis di bucu apa pun tak mampu buat.

Aku bersyukur Allah beri aku 'sesuatu' untuk aku fikir
Syukur kerana beri sebab untuk aku terus bangkit
Kalau tiada sebab, aku sememangnya mahu saja biar diri terus tersungkur.

0 respond(s) to this blog: