nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 22, 2014

Kenduri

Aku sangat lah memilih kenduri yang aku nak attend. Like. Aku kenal. Tapi tak rapat. 80% kemungkinan untuk tidak hadir.

Kalau kenal dan rapat. 80% kemungkinan untuk hadir.

Ada yang tak percaya. Tapi masih ada yg faham. How I hate kenduri. Not really hate. More to not comfortable being part of the kenduri.

Kenduri dalam kamus aku, ialah 'gathering' untuk orang yang happy bila aku happy dan orang yang sedih bila aku sedih. Senang cerita, gathering orang yang saling sayang menyayangi. Bukan orang yang hanya mahu tahu update aku. Bukan datang sebab nak tengok baju apa aku pakai, cantik tak decoration kenduri aku, cantik ke make up aku and duduk di meja bercerita pasal yang bukan-bukan. Bukan sebab kami satu sekolah. Bukan sebab kami satu uni, tpt kerja, studio etc. Bukan.

Ok. Tu kamus aku punya definition.

So kalau tiba-tiba aku kawen. Upacara kahwin aku jadi picnic untuk beberape orang kawan and aku masak-masak dan yang lain pon sama-sama potluck. Aku rasa itu lebih aku. Walaupun aku agak yakin mak aku akan menentang hebat jika ianya terjadi.

Ye la tu. Tricky bukan. Ada kawan rimas. Tak berkawan pun rimas. Ni semua gara-gara observation terlampau sewaktu kenduri kendara.

Tapi ye lah. Ramai yang kenal je. Berkawan nya tidak.

E N D

1 respond(s) to this blog:

Loque Hakim said...

aku rasa idea yang beras bernas kenduri ko buat ala ala picnic heh heh ko masak dendeng tau! nanti kita gotong royong potong daging! :p