nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 27, 2013

hati

kadang-kadang
aku sendiri tidak pasti rasa hati

aku selalu bilang pada yang lain
hidup mesti terus
MESTI

tapi aku tahu juga
moving on sebenarnya tak mudah
kadang-kadang kita takut untuk ke depan
takut akan lebih banyak yang tidak tertanggung dek hati
takut mungkinkah akan lupa terus pada yang telah tiada?
mustahil
atau mungkin takut akan rasa lebih kehilangan?
mungkin

jerit ini kekal di dalam hati tidak keluar
melihat yang lain berderai sebenarnya menyeksakan

rasa takut ini seksa
takut pada bermacam perkara yang tidak pasti
yang pasti kita pasti menyusul jua nanti
hilang itu pasti
mati itu pasti

aku dah tak pasti erti senyum sendiri
samakah wajah dengan hati?
ya. aku semakin lupa mengingatkan hati.
Allah takkan beri jika tak mampu dihadapi.

- E N D -

Tuesday, November 26, 2013

Hilang lagi

Perginya seorang lagi insan yang dekat di hati. Cik Norsham Lebai Itam. Lecturer yang banyak membantu aku jadi seperti yang sekarang.

Al fatihah.

Monday, November 25, 2013

ta ya pa wau


bila dah empat lima yang cakap dengar lagu ini pasti ingat aku
mungkin itu lah nampak mereka

untuk sekarang?
aku bersyukur menjadi aku
biar berjuta kali jatuh
tetap bangun jua walau tidak segah mana
aku syukur aku introvert
aku syukur aku intp
biar la pelik di mata sejagat sekali pun
aku selesa jadi aku

sesungguhnya
apa yang ditonton di kaca televisyen
cerekarama mahupun sinetron
sedang aku lalui

yang jahat?
ramai?
sangat ramai.

ayat aku yang selalu
manusia memang jahat.
tapi kali ini, ridiculously jahat.

namun Allah imbangkan dengan kewujudan yang baik setelah hantar yang jahat

yang baik?
RAMAI.

moga mereka ini kembali ke jalan yang lurus
moga Allah terus memelihara
moga terus dibimbing untuk setiap pillihan

- E N D -

Saturday, November 23, 2013

their favourite song

jerit itu.
kekal di dalam.
tak pernah keluar.

'mind of her own' percaya mereka.

reminiscing itu pedih.

- E N D -

Friday, November 22, 2013

Dendam

Ramai yang pesan. Jangan berdendam.

Biadap itu satu pilihan. Apa guna ilmu di dada kalau hanya digunakan untuk menyalahkan yang lain? Nauzubillah.

Friday, November 15, 2013

Reminiscing

Day 2
Rasa macam dah lama sampai. Mungkin sebab dah terlalu banyak yang perlu diserap dalam satu hari. Part reminiscing paling memenatkan. Belum lagi kisah yang tak henti-henti cakap muka aku yang persis muka arwah. Terlalu banyak air mata yang perlu aku saksi, hingga air mata sendiri hilang begitu sahaja. Alhamdulillah dengan kekuatan yang dikurniakan. Tenang ini banyak merubah keadaan. Moga semuanya lancar. Moga Dia tak henti-henti hantar bantuan. Amin.

Wednesday, November 13, 2013

Tempat jatuh lagi dikenang

Terima kasih untuk semua memori manis
Terima kasih juga untuk semua kenangan tidak enak, aku belajar.
Terima kasih yang setia hingga ke hujungnya
Terima kasih untuk semua yang tak jemu-jemu menceriakan
Terima kasih kerana banyak membantu dalam mematangkan
Terima kasih untuk yang terus positif
Terima kasih juga untuk semua sokongan dari Launceston dan seluruh dunia

Sungguh. Pengakhiran begini, tidak langsung aku pernah jangka mendatang. Bohong jika aku kata tidak terdetik rasa kecewa atau sedih.

Tiada bukti untuk orang lihat. Boleh saja orang speculate aku hilang 3 tahun bukan pergi belajar pun. Yang pasti. Aku tahu siapa diri sendiri. Belum cukup pasti apa aku mahu untuk diri sendiri. Tapi sudah cukup pasti apa aku mahu untuk insan-insan lain. Moga itu jadi dorongan.

Semoga dipermudahkan.

*Gonna miss Launnie. Gonna miss countless merepek session with everyone. Okay. Ni je gambar yang ada, tu pun cilok Lokman. Kenalkan. Rakan-rakan sesewel. Both single, nak knal boleh PM. =p

E N D

Sunday, November 10, 2013

Campur baur, rasa

Ya. Hari pulang ke Malaysia makin hampir. Alhamdulillah,  hampir semuanya sudah selesai. Kereta, barang-barang, hak milik, dan sebagainya.

Gentar itu ada. Tapi itu perasaan. Perasaan akal yang kawal. Wahai akal. Kekal rasional, itu harapku.

Thursday, November 7, 2013

Packing yang tak sudah

Kalau ikut rasa malas. Memang aku biar semua. Mula-mula konon feeling sedih nak tinggalkan launnie. Lepas tu. Rasa macam. Eh. Macam tak ready saja nak balik Malaysia. Tapi, terlalu ramai yang perlu aku.

Ya. Kata-kata 'perlu aku' itu susah untuk aku tolak. Kadang-kadang aku rasa itu ayat pancing. Tapi risau juga jika aku benar-benar diperlukan. Pernah aku tolak sekali. Aku biar saja dia kata dia perlu aku. Akhirannya? Menyesal tidak berkesudahan. Maka, selagi boleh aku ringankan beban sesiapa jua dengan hadir sebentar, aku cuba untuk hadir. Sebentar,  bukan selamanya.

Wednesday, November 6, 2013

masih lagi di Tasmania

selalu saja aku  terjah blog wan chik..baca entry ini..

masih lagi rasa seperti mimpi ngeri yang aku harap tak pernah jadi.

masih banyak urusan yang belum selesai di Tasmania.

dan aku pasti banyak urusan yang menanti di Malaysia.

masih terkenang, bukan ini kisah akhir di Tasmania yang pernah aku angankan. Tapi ya. Dia lebih tahu mengapa perlu jadi begini.

kepada yang masih mahu aku look back. hentikan. bertanya dengan cas negatif mematikan persahabatan kita yang tak pernah sekukuh mana. jika aku biadap, aku sudah hampir tidak peduli jika tidak dimaafkan. guna otak bila bertanya. bukan rasa.

aku masih banyak perkara hendak disedihkan. manusia-manusia negatif sangat tidak diperlukan untuk situasi ini.

lidah lebih tajam dari pedang. pastikan ayat atau soalan itu membina bukan menjatuhkan. sekali dua boleh aku pekakkan telinga. kalau setiap kali pun menyakitkan hati, maaf, aku tak kisah tiada kau dalam senarai kawan.

kadang-kadang, aku harap mereka yang bijak bercakap ini dapat rasa apa yang aku rasa. Aku mahu lihat siapa lebih tegak berdiri.

easier said than done.

- E N D -

Monday, November 4, 2013

Hari begini

Hari begini selalunya ada ingatan suruh baca doa akhir tahun dan awal tahun.

Friday, November 1, 2013

keajaiban ini, Kau yang kurnia

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kebaikan. Keikhlasan. Bantuan. Ihsan. Semua dariMu jua.

Tidak tergambar rasa syukur aku sekarang. Jalan dipermudahkan. Ada saja bantuan dihantar. Dari serapat-rapat manusia, ke strangers yang bersungguh-sungguh mahu menolong.

Ya. Dia lebih tahu. Random kindness tidak pernah gagal menggembirakan aku.

Rasa aku?
Lain.
Selesai presentation, memang ada perasaan missing sesuatu. Habit aku yang selalunya menelefon Bapak untuk beritahu, "Na panic ni." dan "Na dah habis. Alhamdulillah, semua okay."

Tiada.

Habit biasa semua perlu dibuang. Kenapa tak telefon Mak? Aku dah termua dengan Bapak sejujurnya. Dia lagi lega aku merungut barangkali? Mak akan serabut kalau aku merungut rasanya.

Kehilangan ini. Paling besar dalam hidup. Kalau dilihat entry blog sebelum ini, ada tercatat, doa aku pada Hari Arafah 10 tahun lalu. Lama Dia panjangkan doa aku. Cukup lama.

Maka. Aku ceritakan di sini saja. Kisah presentation tadi. Alhamdulillah. Aku tenang. Tiada sedih yang pelik-pelik datang menyerang. Nervous yang normal bila mahu present itu ada. Aku sangat terharu dengan mesej-mesej yang masuk memberi kata dorongan tanpa henti. Doa yang penuh kasih sayang. Itu sangat berharga. Yang menunggu untuk pastikan aku tidak berderai. Terima kasih untuk semuanya. Tegaknya aku sekarang barangkali doa kalian yang Allah makbulkan. Terima kasih. Panel ada 5 orang semuanya. Alhamdulillah, dengan board yang tidak seberapa, mereka sangat baik. Malah, yang paling garang juga sangat kebapaan sifatnya. Sangat penyayang cara tegurannya. Tiada langsung bunyi negatif. Bila mereka nampak aku sudah agak ke laut. Mereka pimpin semula aku ke darat. Begitu baik panel-panel tadi.

Kisah preparation untuk ke final?
Pendek cerita, nikmat Allah apa lagi yang hendak didustakan?

Dia ambil satu, dia beri semula dengan banyaknya. Terima kasih kepada yang kutip aku, yang menangis sebab tak mampu lihat aku perit, yang percaya aku pasti kuat untuk tamatkan apa yang telah dimulakan, yang mendoakan aku sentiasa, yang dalam diam-diam berdoa untuk aku, yang hadir untuk pastikan aku tidak hanyut dengan rasa sedih ini, yang sama-sama bersengkang mata meneman aku yang rapuh ini, yang tiba-tiba berubah dari manusia yang paling menjengkelkan pernah aku kenal ke manusia sangat mengharukan, yang benar-benar ambil berat dari segala sudut jua. Terima kasih. Kalian semua adalah keajaiban yang Allah kurniakan untuk aku supaya aku sedar, tiada guna untuk aku bersedih. Dia lebih tahu apa yang aku perlu. Supaya aku belajar. Ya. Aku banyak belajar. Sungguh.

Ingin aku paparkan nama-nama. Tapi tidak adil rasanya. Kerana bukan semua yang tampil ke depan menolong secara terang-terangan. Maka, rasanya cukup sekadar aku katakan, terima kasih kepada semua. Tidak terucap betapa aku bersyukur dikurniakan Allah sahabat-sahabat seperti kalian, oh, dan tidak lupa juga strangers, kita mungkin akan jadi sahabat jua nanti.

Terima Kasih.


- E N D -