nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, May 27, 2013

Salam Orang Melayu

punya la malas. rasa nak lempang diri sendiri laju-laju. dah tahap guling-guling atas lantai. hari sabtu lepas cuaca best. ada matahari. aku punya gembira macam kanak-kanak dapat gula-gula..terus tiba-tiba kutip segala kain..habis semua cadar bagai aku kutip..Alhamdulillah..panas sampai ke petang...

nampak tu kecerahan? aku punya melonjak-lonjak kegembiraan tahap kalau aku nampak orang lain buat cam aku sure aku lempang...gedik beno!

tapi tu la...launceston ni matahari ala ala je...kalau vampire twilight tu nak hidup sini...memang takde hal aaa..takde cahaya sangat pon...makanan dorang..wolf tak dapat aaa...tapi wallaby banyak..dorang boleh makan wallaby.. ok..melalut terlebih plak..

aku rasa aku tengah berfikir terlalu banyak...aku tengah suffering architect's stupid syndrome..di mana..kami tidak membuat keputusan..sebab semua idea seems legit, great, perfect and stupid. memang tak siap-siap keje aku macam ni.. T_T

so..hari ini dah start sejuk balik..pukul 6 petang dia dah 6 degree..satgi 0 lettew... aku keluar tadi tengok langit clear kemain..compem sejuk gila...

ok..kita berpatah balik ke arah tajuk entry kali ni. tadi kak sal mintak tolong pass kan pisang masak lemak cili api (aku tatau nama resepi...hahhaha) kat family kasha...sebab they weren't home..since they live next door to ours..tak bape next door la..kena jenguk pagar jugak nak tahu dia dah balik ke tak... bila dia dah balik..aku pon pegi la menyampaikan amanah..(ayat tak menahan...=P ) aku pon bagi la salam...(kasha ni org pakistan) oke...salam yang macam tone selalu makcik-makcik dalam drama melayu tu..lepas tu aku rasa macam tak kena je tone aku...rupanya memang pon...sebab housemate aku pon gelak skali bila dengar tone salam aku..disebabkan kasha tak bukak-bukak pintu...housemate aku selamba gelak-gelak..aku pon laju je..'ha..awak pulak bagi salam..gelak pulak dia.." dia pon tarik nafas panjang-panjang...lepas tu keluar la salam dia..tapi berbunyi jauh lebih pelik dari aku nye tone...sebab dia pon dok pikir tone camne yg sesuai... last-last..aku jerit je panggil nama dia..bahahaha...perasaan aku ialah seperti kalau cakap dengan mat saleh, kita ada satu lenggok bila bercakap...bila bagi salam pada bukan melayu time ketuk pintu? cane nak buang lagu-lagu meleret tu? hish...ok kecik je masalah aku...

masalah lebih besar ialah...aku tengah rasa tak enjoy draw lebri aku ni...ritu time date ngan jep..(group aku session 8.30 pagi..ko hengat jantan-jantan lain nak datang 8.30? sampai 9.30 aku date ngan dia sampai tatau nak cakap ape dah) jep cakap..melukis ni best je...as long as the clock is not ticking... lepas tu dia tanya, 'u are happy doing it, right?' aku boleh merasakan muka aku blushing tak terhingga sebab aku tak suka unit ni...
'as long i know i'm doing the right thing, im okay with it'...oke..lepas tu keluar la another side of him yg aku pnah tengok tahun lepas...romeo habes..bahahaha..tapi at least dia dah paham aku ada masalah bertanya soalan...so..dia tak kesah aku tak tanya..bila dia explain kat orang lain..dia akan tanya aku balik...is this helping you.??? aku pon angguk laju-laju..hahaha...tapi kat malaysia, aku category banyak soalan..sebab aku  memang tatau langsung jawapan untuk soalan aku tu...kat sini, aku nak tanya, tapi aku macam dah boleh agak jawapan yang akan diterima...so aku malas trus nak tanya...or tak sure..itukah yang aku nak tahu?

curiosity aku tinggi...tapi maybe tak cukup tinggi...sama seperti kalau sesi mengumpat sedang berjalan..orang nak korek cerita..banyak betul soalan mereka...aku kalo orang tak cerita..aku tak tanya..macam neighbour aku call tengah malam. tanya mak aku dah tidur ke. aku jawab dah. lepas tu tak tanya dah. rupanya, rumah dia kena masuk perompak masa dia balik kampung. nampak tak keburukan tak kesah aku ni? esoknya mak aku bebel berkarung-karung sebab tak tanya pape pon kat neighbour aku tu...

ok..last but not least...aku tahu aku dah mula rasa bosan buat task ni..sebab aku kerap berulang alik ke dapur...rasa nak kemas rumah...rasa nak bake..owh..tadi aku makan maggi letak daun kesum...lama gila dah tak makan maggi..bila kunyah daun kesum..indah gila okay perasaan tu...

ok. nak pegi hadap drawing balik.

sketching is fun! 
T_T


- E N D -

Friday, May 24, 2013

cerita hujung sem

selagi aku tak habes-habes belajar...selagi tu la cerita hujung sem ni tak berkesudahan....dah keje nanti aku rasa sure jadi cerita hujung bulan..haish...

dah nak hujung sem ni macam macm drama la muncul...masih lagi punya kekuatan..hadap je laaa...

dah nak submission ni..tiba-tiba sumpahan setiap sem menjadi lagi..di mana sejuk nya sehingga menusuk  ke tulang hitam...nak buat apa  pon tak kena..pasang heater dehydrate macam pokok layu, nak tidur pon malas..sebab dah pakai 2 hot water bottle tu pon badan dok gigil-gigil..penat weyh...bangun sakit badan...sampai  sekarang aku tak paham caner kalo aku terdampar dekat kutub utara?? pasti aku mati... sadis betul imaginasi aku...

dah nak submission...bilik sendiri seperti dilanda tsunami gayanya...aku dah laa jenis stress tengok mende bersepah-sepah...tapi...masa terhad ni..(okay..ada masa plak ko membebel kat sini kan?? T_T)

semalam aku ngadu kat member aku bilik aku sepah..dia tuduh aku OCD...T_T...aku rasa sebab setiap kali dia dtg sure bilik aku tgh tersusun seperti manusia OCD yg  menginap di situ..dia siap inspect semua almari aku macam warden..haih laaa....punya nak membuktikan ke OCD an aku.. dia tak boleh terima alasan aku mengemas di kala bosan atau stress..hish..and aku kalau mood nak ngemas tu datang..plastic beli barang tu pon aku lipat..letak cantik-cantik dalam laci.sejuk je mata memandang..hahahha..

oke...aku tgh takde idea nak melukis sekarang...tu dok merapu tak ber-hala ni..the other day..aku tunjuk plan kat geoff..mcm tahu-tahu je aku ritu terlupa design space for librarian..lapan puluh kali dia ulang pasal space for librarians. psychic ke hape dia ni...padahal plan yg aku tunjuk semua ada space tu... T_T..

oke lah..aku  merasakan lebih baik aku mengemas bilik yang macam baru dilanda ribut ni... ai dah tak sanggup hidup dalam kesemakan... T_T

- E N D -

Wednesday, May 22, 2013

3 jun, aku datang!


speechless...he really loves me. not!

- E N D -

Tuesday, May 21, 2013

Harga. Hargai.

Pilih.

Selagi boleh.

Pilih.

Hargai yang berharga. Bukan yang kita rasa berharga tapi tiada nilai.

Pilih.

Yang tiada harga. Boleh perlahan lahan diletak ke tepi. Bikin semak duniawi yang sedia serabut.

Pilih.

Monday, May 20, 2013

Penutup hari hari indah

Aicheh...seperti biasa..tajuk nak A je...setelah sekian lama hari hari di Tasmania penuh dengan pancaroba dan sekatan cerita di sana sini. Dia hantar aboo. Walaupon hanya pokok, gunung dan sungai. Aboo selaku manusia yang bergelumang dengan jungle concrete suka saja tasmania.

Rasa macam zaman sekolah. Merapu memanjang. Cerita saja semua perkara sebab memang masing-masing sudah betul kenal. Oh. Indah.

Petang ini kembali solo menghadapi dunia realiti yang jelas pahit dan perit. 3 june. Aku datang! T_T

Mimpi yang super pelik...menakutkan juga...jika benar terjadi...hanya mampu berdoa diberi kekuatan menghadapinya.

Thursday, May 16, 2013

tiada tuju

dialog terulung hari ni.

'definitely, there is nothing wrong with you, chill' said geoff.

haaa...betul la tu..jep tu..jep yang aku selalu cerita merata tu...soalan aku ialah 'what is so wrong with my drawing?'

bila dia jawab gitu....speechless...

excited tunggu orang sydney nak datang tassie esok ni...yeay..i have visitor! *teha..cepat lawat aku kat sini..haha..*tetiba.

selain dari itu. aku akan mula busy dengan next assignment. return brief aku dah macam surat cinta dari geoff..banyak sangat notes dia dalam tu. lepas ni. tido jep. makan jep. di mana-mana juga jep. esok-esok aku nak pegi menunjukkan kebolehan aku membebel kat jep. selamba dia tuduh aku pendiam tadi. boleh nampak muka-muka rakan tak berapa sebaya macam tahan nafas sebab takut tergelak dengan tuduhan tak berasas itu.

mula mengaudit diri. aicheh..pengaruh dr.muhaya sangat u'olls. almaklum. kekadang perangai tu kekadang terover. nak final ni. aku nak mintak maaf kat semua orang. tapi tolong la jangan provoke aku...aku insan biasa..hahhaa...

- E N D -

Sunday, May 12, 2013

kasih sayang

pffttt...tajuk nak A kan..

semalam kak sal ajak berpicnic. ye la. bulan jun ni dia dah nak balik malaysia for good dah. tiada lagi kakak. oh sedih.

kenapa tajuk entry kasih sayang?

oh. sebab terasa disayangi. haha.. had a very long chat with bestie last night. terima kasih atas teguran. haha.

untuk yang masih rasa aku tidak berperasaan. sabar. aku masih cuba improve. haha. saya tak blurr..cuma malas nak respond. boleh?

so. entry ini ialah entry rasa terima kasih kepada semua. kepada kak sal, walaupon selalu membebel tapi akak selalu ada untuk saya. terima kasih. saya compem rindu gila anak-anak akak nanti. owh akak pon.

kepada nora yang selalu menyumbang aura positive, kepada aisyah yang tak pernah menyesal menjadi saudara aku, kepada dr.fana yang telah memberi consultation free untuk aku yang berpenyakit ni..hehe..kepada semua semua manusia di Launceston...walaupon aku salu rasa..yang best semua dah balik...yang masih ada ni pon best je....sesi ngopi takkan meriah tanpa crowd yang betul..kepada kak nadd yang sentiasa redha dengan karutan, kebluran, dan macam-macam lagi, kepada teha yang tak kesah/buat-buat tak nampak dengan grammar aku yang tunggang langgang, BM aku sama je teruknya dengan english, kalo ikut SPM, BM aku jauh gila teruk dr english,  ska yang bila aku tanya soklan compem jawab walaupon kalo aku baca balik soalan aku, aku pon tak sure cane ko boleh paham soalan aku. sape lagi?

kepada semua yang tidak termention namanya di sini.

semua unconditional loves ni, make my world goes around!

Alhamdulillah.

nampak tu? ni aku la suruh dorang pusing mende alah ni...lepas ni sape lagi nak datang rumah tanya soalan macam-macam? yang nak bukakkan pintu kalau masuk kedai? yang nak paksa aku pakaikan kasut diorang time rasa nak mengada-ngada, yang nak 'curi' makanan dalam pinggan aku lepas tu suruh aku take turn makan skali lepas paksa aku suap dorang, yang nak tolong amikkan aku air time kenduri, yang akan paksa aku ajar lukis orang lidi walaupon dorang dah pandai lukis sendiri..yang akan jalan sekali bila pegi mana-mana, yang lepas bedtime stories akan ada sesi soal jawab seperti kenapa sang kancil jalan sorang-sorang bukan dengan kawan dia? yang ..yang..eh..emo pulak...hahaha..

wall art dekat Beaconsfield - Layers of Discovery


- E N D -

Friday, May 10, 2013

Freak out yang tak perlu

Okay. Last few days..aku disogok (betol ke penggunaan perkataan ni?) dengan soalan. "Kau ni apa nak jadi, bila nak kahwin?"

So..selaku perempuan yang dah layak digelar andartu secara kasarnya..(seriously aku dari dulu anti dengan orang yang kutuk perempuan tak kahwin or lelaki tak kahwin). Aku tak sure, how should I react?
A - pura-pura panic
B - bagi jawapan yang diorang nak dengar
C - tetiba pitam

Oke. Semua pon aku tak buat. Dengan few hints dari golongan lelaki yang membuatkan rakan-rakan wanita aku excited. Tetap tak dapat membuatkan aku excited mana. Semua sibuk suruh aku ajak dorang ni kahwin. Seriously?? Pitam aku dengar suggestion2 yang terlalu liar ini.

Aku adalah perempuan tipikal di mana risau dengan kerjaya arkitek yang tak menentu busy kalah doctor maka keluarga akan terabai. Makanya, bila ditanya, nak kerja apa nanti, jawapan yang keluar pasti tengok dulu macam mana.

So. Hari ni berbincang dengan seorang kawan opposite gender. Yang ni membuka otak sikit. Dia cakap dia nak fokus apa yang dia ada dulu. Bukan apa yang dia belum tentu ada. Ada gelpren ni..Pffftttt...nak terbabas kereta aku kat simpang nak masuk mowbray tu..hahahaha...balik umah fikir lagi..betul aaaa...

So. Aku cuba bajet2 imagine aku 5 tahun lagi.

Aku nampak wanita busy. Harap bukan architect kerek. Haha.

Yang lain-lain tu. Malas nak fikir. Lapang otak aku sekejap. Haha.

Balik Malaysia nanti...hoiii..takut aku nak imagine...belum kira yang paksa memaksa...sorry..term kerak nasik tak wujud dah zaman sekarang ni.

E N D

Saturday, May 4, 2013

pilih

macam-macam jadi
macam-macam pe'el
macam-macam cita-cita
macam-macam angan-angan
macam-macam petanda
macam-macam rasa
macam-macam reaksi

yang perlu sekarang

pilih.

berhenti bermain dengan harapan.

penceria hari suram =)
imej dari Aqilah


- E N D -

Wednesday, May 1, 2013

kenal

kita tahu orang tu cukup kenal kita,

seratus orang percaya penipuan kau. Dia tahu kau bukan begitu.

- E N D -