nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 30, 2013

Sama

"Eh. Awak ni nampak familiar la."

Ayat ayat standard. Pernah aku jawab. "Oh. Yang keluar tv tuuuu. "

Kawan highschool mesej. Rindu katanya. Dia kata jumpa orang macam muka aku. (Biasa la tu orang berisi, semua dirindunya)

Persoalannya. Kenapa macam muka aku. Bukan macam muka kita? Or ko? Bukan kita 'twins' ke? Haha.. Ingat lagi diorang gelakkan seorang cikgu sebab cikgu tu marah kawan aku, tapi sebut nama kunang. Time jumpa aku kadang2 betul, kadang2 peanut panggilnya aku. Suami dia pon akui similarity kami. Tambahan pula kedua duanya tinggi.

Di TAS. Dengan nora pula. Padahal sorang tinggi sorang normal. Pon orang beria ia salah. Kazen sendiri pon tak berapa cam kalo tengok gamba. Apakah?

Nak lagi keji. Fb pon salu salah tag. T_T

Peanut. Seb bek dulu2 kita pakai friendster je...skarang ni kita dah tak amik gambo skali dahhhh...so takde salah autotag..haaaa...

Yang aku sendiri jumpa aku sendiri rasa sama pon ada. Tu lagi weird. Sebab tetiba ko cakap kat membe ko. "Eh. Gua rasa minah tu macam gua la"

WTH

*bukan ada 7 je ke muka sama dalam dunia ni? Aku dah lebih 7 ni.

Marah. Rational. Peluang.

Aku memang jenis mudah annoyed. Tak tipu punya. Walaupon ada kawan aku agak pelik sebab katanya aku bukan seketul makhluk anti sosial. Tapi ya. Kalo tak kna gaya. Aku memang boh layan. Kita bagi contoh sikit topic annoying. Kisah hanjengan terhebat. Kisah kutukan paling agung. Kisah cakap nak A je. Lawak menjatuhkan orang lain. Eh. Salah ke annoyed?

Tapi tu semua tak bermakna apa-apa. Sebab selalunya, kawan-kawan aku paham dah, tetiba aku senyap tu ada la tu tak kena tu, dan selalunya sesi umpatan akan dikurangkan. Kalo aku sound salunya dorang buat tak paham lagi. Once dah senyap tu. Masing-masing pempaham sendiri tahap annoyed aku dah sampai mana.

Semalam chat ngan geng jemah. Hahaha..tanya dari hati ke hati gitu. Ptuih. Aku ni biadap ke hape ke? (Motif tanya..sbb aku tengah bengang dengan orang, tapi kna cermin diri dulu before nak bengang tu)..direct jawapan jemah. "Kekadang tu rasa nak lempang-lempang bila ko menjawab-jawab tu." Aaaaaa...gittew....hahahah. .jujur haaa jawapan itu..

Lepas tu tanya pulak..aku biadap tak?
Alhamdulillah, jawapan semuanya berbunyi "kau sarcastic all the time, tak biadap, tapi time ko tak sarcastic pon ko bunyi macam sarcastic jugak."

Lega satu perkara. Cermin diri dulu sebelum nak bengang dengan orang. Layak sangat ke ko nak.bengang2 dengan orang??? Duhhh..

Tapi untuk ketika dan saat ini. Aku tidak rational langsung. Sakit hati rasa nak pukul orang. Hahahahahha..sebab peluang dah bagi dekat sejuta kali. Tapi..ni memang no sense punya orang. Manjang dia je betul. Lepas tu buat buat heran kenapa orang sentap dengan ko. Dia patut pikir brape ramai mangsa dia. Bukan sibuk kira berapa banyak pemangsa dia. Aku bukan sentap. Terperanjat je. Dahsyat sungguh color ko. Aku nye color yang elok dok simpan ni jangan diprovoke2. Warna warni dunia cantik lagi. Kalo keluar kaler pelik pelik. Ko mampu nak tengok?

Nauzubillah.

Tiap tiap hari aku kira aku buat salah dengan sape. Panjang list aku nak kena mintak maaf ni.

E N D

Monday, April 29, 2013

complain lagi

ada wedding one of the best friends. ucapan ku telah dimasukkan dalam video kawen dia rupanya.
been complaining to my friend.

me: time aku punya tudung tengah senget-senget la dorang nak upload la, amik video la..hish

kawan : masalah nya. time tudung ko tak senget tu. tak pnah lagi aku nampak tak senget. oh. ko pernah ada lipstick tak?

*lari ke bucu bilik menangis sedu sedan.

- E N D -

dinding bergema. manusia?

sakit? dulu ya.
menyampah? kini ya.
kesabaran ku sedikit. hormatku juga sedikit.
jika mahu raih hormatku. pandai lah hormat sekeliling.

jika aku disampah sampahkan.
jangan bimbang. aku pandai hidup.
lebih lama aku makan garam.
oh? kau lebih pandai. aku lupa.

- E N D -

Sunday, April 28, 2013

hari ini dan OCD

pagi ini..celik mata sahaja..teringat nak research pasal OCD..

oh..semalam Launceston diramalkan ribut...alhamdulillah..tidak lah ribut mana...walaupon bunyi angin macam agak seram...

okay kembali kepada kisah OCD...aku bukan penghidapnya..nauzubillah...tapi ya..aku agak particular bab mengemas..

aku ada orang terdekat yang menghidapnya. category? KRONIK.

pagi ni lebih kepada membaca pengalaman manusia-manusia lain dalam menangani pesakit OCD...

banyak yang aku baca..aku rasa nak pegi bagi award atas ketabahan mereka...ada juga yang sampai mengalir air mata lepas dibaca, kerana hanya orang yang pernah ada experience dengan pesakit yang faham.

moral yang aku dapat hari ini. bukan kau sorang ada masalah. cara kita menangani masalah tu yang mencerminkan kita. bijak atau sebaliknya. beriman atau sebaliknya. tabah atau sebaliknya.

*sabar itu indah

- E N D -

Saturday, April 27, 2013

kisah politik Malaysia - kepada pemimpin dan pengikut yang TAKSUB mahupon tidak

masing-masing punya pendapat.

masing-masing punya cerita.

tapi serious. dengan perangai kedua-dua pengikut parti. aku yang tak berapa kukuh pegangan ni. benci kedua-duanya. masing-masing TAKSUB dengan KEPERCAYAAN sendiri. cakap dengan warga BN bila ditanya sedikit melenting. cakap dengan warga bukan BN, bila diprovoke sedikit dengan persoalan, cepat benar melatah. pengikut yang bodoh boleh menyebabkan parti itu nampak bodoh. kerana pemimpin gagal memimpin anak-anak buah yang TAKSUB. tak payah sibuk nak mengata sesama sendiri.

aku tak mengundi tahun ini. (pasti ramai yang kata aku bukan warganegara bertanggungjawab, untuk membuang undi pos kami perlu ke mainland, itu makan duit, dan aku tak yakin dengan sistem undi pos, jangan cuba yakinkan aku) takkan complain siapa yang bakal naik. yang aku nak complain. perangai-perangai sampah yang dipamerkan. cakap dengan orang BN diorang cakap aku tak sayang Melayu, tak sayang Islam, cakap dengan bukan BN kata aku racist. nampak tak permainan itu? aku sebenarnya menunggu respon yang bijak, dan nyata belum lagi jumpa pengikut yang bijak. pernah one on one dengan kedua-dua pemimpin parti. aku yakin doa aku untuk siapa walaupon pengikut-pengikut berbunyi kurang bermoral walaupon berpendidikan.

Video memburukkan orang lain yang korang private message aku tu apa? Lagi banyak video dijaja, lagi teruk perspective aku terhadap korang, bukan parti mana yang korang pertahankan. duduk di luar negara ni banyak membuka mata. para pemimpin di sini. mereka tidak sibuk memburukkan sesama sendiri. mereka sibuk mempromosi apa yang mereka boleh buat untuk negara mereka.

Jika rasa ingin maju. Hentikan mentaliti negara ketiga. Memburukkan yang lain tak akan buat anda nampak hebat!

jaga maruah diri sendiri, tak guna pamer perangai sampah demi memperjuangkan perjuangan yang belum tentu ke mana. personaliti sangat penting. tak rugi berbahasa dari sibuk nak membahasa.

sampah!

*kalau rasa nak kawan lama dengan aku, kurangkan mengutuk. sumpah aku benci.

- E N D -

Sunday, April 21, 2013

Today's surprise

Alhamdulillah nothing serious. Tapi berdrama sekejap di emergency tadi. Almaklum. Muka bertukar warna sesuka hati. Doctor pon jadi panic tak semena.

Bila doctor paksa paksa baring rasa nak lempang muka doctor walaupon tiap 2 saat dorang dok cakap sorry.

Well. Semoga lebih sihat. Sakit juga ingatan dariNya.

Nampak tu? Dah macam takmo bagi aku balik je rupanya. Haha. Sangat bersyukur semua yg attend aku tadi sangat baik. Allah saja yang membalasnya.

Ye. Hari aku paranoid. Untung ramai kawan doctor.

E N D

Saturday, April 20, 2013

sentap habaq ang

aku sentap. orang lain aku tatau. kisah muslim ada golongan paling hypocrite tidak pernah hilang. talk pasal architecture kat UTAS ni pon ada speaker tu terang-terang cakap pasal hypocrite nya muslim. lepas tu buat2 tak paham tengok aku. speaker tu aku rasa sebaya aku je pon. dari france.

Maka.betulkan balik niat kita berbuat baik. untuk siapa yang paling utama. jangan sebab social pressure semata kita berubah.

nasib baik C dah takde kat school. kalo tak mahu dia print A3 size soh aku komen ni.

baca. fikir. jangan judge lebih-lebih sangat. ko tak pernah pakai kasut dia pon~

http://thoughtcatalog.com/2013/i-want-to-take-off-my-hijab/

- E N D -

mengeluh. merungut. tidak bersyukur.

cerita pasal merungut. well. aku memang lah ratu merungut. ratu complain. ratu panic gelabah tak pasal. oke. semua sifat mazmumah. one thing aku pasti. aku sedar kekurangan diri part yang ini. dan cuba memperbaiki nya.

aku ada ramai kawan yang sudi dengar aku merungut. like seriously. kalau aku pikir-pikir balik. ramai. thank you korang. seriously. hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

so. bercerita pasal merungut. satu perkara yang aku belajar hari ini. berfikir sebelum merungut. okay. time ni aku terbayang muka aisyah, adam, hakim, zul, aqilah, haaa...sape lagi...yaaa...semua followers i kat twitter...sure korang rasa nak tembak aku sekarang...(cakap macam bajet aku berfikir je kan before merungut..) tapi aku memang rasa sangat perlu.

through observations, or maybe Allah dah atur. this is the time for Kunang untuk sedar betapa kejinya merungut dan tidak bersyukur. ya..memang tamparan habes habaq ang.

bila nak bercerita, fikir balik dengan siapa kita bercerita. kalau nak mengadu, fikir balik sesuai ke kita nak mengadu dengan dia.

for example. ko tak sesuai mengadu pasal ko migrain dekat orang cancer yang dah bedridden. tak sesuai langsung. walaupon migrain ko tu azab. tapi yang atas katil tu, lebih sihat dari ko?

sama juga kisah, kalau ko dapat markah gempak gempita, ko tak merungut lebih-lebih cakap kau takut untuk next task dekat kawan ko yang dapat markah cukup-cukup makan. sila letak diri ko kat kasut kawan ko tu..try jalan 2- 3 langkah. boleh ke jalan? memang la kalau ikut positive view, ada yg akan cakap..ha..tgk..dia dah dapat markah tinggi pon risau..korang yang cukup-cukup makan boleh relax lagi. situasi dia ialah apabila kita semua baru dapat markah, and yang paling menggelabah ayam ialah orang yang pandai sangat tadi tu. tak paham? oke. PM for more details. hahhaa..

lagi...fikir. fikir. fikir.

bila nak buat sesuatu tu. letak balik diri kau dalam diri orang tu. aku tengah letak diri aku merata-rata. last-last semua aku kesian. ya. guna kan lah aku seadanya. T_T

last but not least. setiap hari. fikir. apa contribution yang kau dah buat dekat orang lain hari ni? kadang-kadang tu, a simple hello can change someone's day. trust me.

kita selalu tunggu apa akan buat untuk kita. tapi kita tak pernah eager untuk berbuat sesuatu untuk sesiapa pon. memang betul. tak boleh di muakan sangat mereka-mereka ni. mudah-mudahan mereka sedar, kesilapan mereka, dan berbuat baik secara natural. bukan sibuk tunggu orang lain nampak mereka baik.

tak perlu buat orang lain nampak kecil untuk buat diri nampak besar. seriously. tak perlu.

perasaan yang kutahan dalam hati sanubari. nampak tak? keldai. tu sebab kena tahan. kalau tak sama plak.


- E N D -

Friday, April 19, 2013

otak yang ada adalah untuk diguna. so. use it wisely. ini entry bukan mengikut otak. tapi perasaan.


good song with a brilliant lyric i must say. i had a super hectic week last week. and it's gonna be more hectic starting now (and what the hell am i doing here?) until this coming wednesday. well, if you are my loyal reader.. (oke..ni bajet retis sangat) you surely know, who's geoff.. yup..he is my  lecturer. lecturer yang paling ditakuti oleh pelajar. percentage dia memfailkan student adalah 70% rasanya. what happened lately is..geoff had been acting kinda weird. i mean. all of sudden he became so kind and no longer that sarcastic. he replied my email with a very kind words (ok..sebnanye tak pnah pon email dia before..sebab takkoooottt..hahahha) keep asking me whether im ok..or whatever he said is making sense. tiba-tiba ceria. holding door for me. okay. too many explanation. so. kesimpulan yang nak dibuat. sebenarnya. dia okay. kalau kita okay. dia ok la dengan dia. dah before ni jumpa dia asyik pandang tempat lain. of course la tak sempat perasan dia senyum ke dia wink ke. (sila jangan fikir bukan-bukan..aku tak jatuh hati kat geoff eh) aku cuma mendapati dia okay. dia memang bijak. aku yang bengap. 

next topic. aku memang dalam category susah nak memuji. mengeji senang. eh? okay. cerita ini boleh difikirkan dan diambil iktibar. i really appreciate people who are transparent. i mean when s/he ok with you. s/he shows it. bukan depan baik belakang ko, sampah pon lagi mulia dari dia. kalau lah ko rasa orang itu tak berapa bijak. tak perlulah ko selamba cakap. 'tak ah. gua rasa dia tak bijak pon. dia cakap pusing-pusing kot situ je.' pfftttt...sentap aku dengar. walaupon bukan cakap pasal aku. habis imej ustazah ko hilang tinggal zero. kenapa aku sentap lebih. oke. mari bukak cerita dulu2. aku pernah ada zaman bajet gemilang. aku ada lecturer yang rasa, i don't know what i know. alkisahnya. aku nye kerja mendapat pujian melambung yang sudahnya mengakibatkan balik kelas aku stress. ye. dapat markah tinggi pon stress. sebab expectation dah lain. oh. time aku nye kerja dipuji melambung-lambung, di quote one after another, ada satu mat saleh ni cakap. 'she can't be that smart, she's asian, she can't even speak proper english.' and yes..nak tahu how sentap i got. SUPER. so. kejadian manusia ni cakap 'i don't think he's that smart' walaupon aku kadang-kadang anti mat saleh. kejadian ini menyebabkan aku tidak berpihak pada bangsa sendiri. nampak tak perspective yang ko set tu? now. i believe my first perspective of you. you are just a simple arrogant asian trying to look smart and cool. 

next topic. manusia yang memerlukan perhatian. sila cari perhatian anda secara adil. kalo ko rasa aku lagi famous dari ko. ko tak payah tiru sangat ape aku buat. oh. aku tak gedik tak tentu pasal di khalayak ramai. aku tak pernah jugak kisah kalau org tanya pasal kau. so..stop that whining behind me..'sikit sikit kunang, sikit sikit kunang.' seriously? get a life! orang tu tak berminat dengan kau. pegi cari orang lain yang berminat. dah tak sama jenis. ko ingat senang nak masuk? and. dah orang tu memang kawan aku. takkan dia nak cari orang lain pulak! aksi gedik, bajet manja, adalah sangat annoying. just be yourself. and you'll be fine. maksud aku. kalo ko memang gedik manja. aku redha je. masalah nya, gedik manja ni jadi bila ada crowd je.

hentikan lah perbuatan habis madu sepah dibuang. boleh buang jika sepah itu membawa mudarat. contoh mudah, member aku dia cool la, tetiba ada pompuan ni cakap kat dia, 'if you don't have your religion with you, i would love to date you' . oke before ada yang cakap apa salahnya, conversation ini adalah between ladies. membe aku nyaris diserang sakit jantung. aku pon tak pandai sangat bab ni. sebab aku pon salah sorang manusia yang keji suka membuang sepah selepas madu ku dapat. pfffttt...tapi selalunya ber-reason la kenapa aku buang sepah tu.

last but not least. ni self reminder. MENGHORMATI ORANG TUA dan manusia lain. seriously. tak rugi pon menghormati orang lain. lepas tu ko tak payah sibuk-sibuk nak tanya orang lain apa salah ko. punca memang diri sendiri jugak.pfftttt...pelik aku orang tak pernah pikir dia salah ni...sebab kot mana pon aku salu pikir aku betul..bila aku pikir-pikir lagi..memang aku ada salah jugak.

so. jangan nak poyo sangat!



- E N D -

Friday, April 12, 2013

Cili dan penggelupuran

Jika tidak bersalah. Mengapa mesti rasa bersalah? Mengapa perlu berkecil hati? Atau mungkinkah engkau memang bersalah? Logic itu penting. Kita, manusia biasa tidak pandai dalam sekelip mata. Tapi jika kau benar-benar di pihak yang benar. Pekak kan telinga. Teruskan usaha. Tak perlu nak menggelupur lebih-lebih sangat.

Plagiat hasil orang lain and claim it's yours tak pernah cool. Especially bila owner tu tak tahu and orang lain tahu ko plagiat. Owh. Super uncool. Takpe. Rezeki masing-masing. Tinggi markah kau hari ni tak ke mana perginya.

Jangan speculate. Kalau kau tak salah. Kau tak salah. Tak payah nak semak menggelupur merata-rata.

E N D

sama, kebetulan yang random

hari ni kebetulan yang sangat tak dijangka. bercakap dengan dua orang yang sama hari jadi. seorang perempuan. seorang lagi lelaki. masih lagi terasa. boleh percaya ke?

teringat kisah aku, aqilah dan raja yang mengekek-ngekek membaca horoscope masing-masing. paling lama, harus lah aku. banyak betul yang boleh dibahan. (dilarang percaya horoscope ya. berdosa. maka aku rasa baca personality mengikut bulan oleh dr.fadhilah kamsah juga tak boleh la kan?)

jika mengikut view personaliti, Gemini-an(s) memang ada banyak watak. tidak dinafikan. aku pernah dikatakan chameleon. jika pepatah melayu kata masuk kandang kambing mengembek, aku boleh membuat pelbagai bunyi. tapi ya. sentiasa ada awkward moment bila aku sendiri yang refuse untuk blend in.

conversation dengan yang perempuan tidak terasa apa-apa. mungkin kerana tidak sebaya. tapi dia excited kerana tarikh lahir kami sama. 'i know it right after you talk, you must be gemini.' katanya.

lagi seorang, lelaki, sama tarikh lahir, sama umur. sebelum tahu tarikh lahir, memang boleh nampak keserasian itu, sebab ada rakan kerjanya yang tanya, 'she's your friend?' apa yang aku bukukan dalam hati, dia cakap dulu. 'i feel that i need to be extra careful with you.' nampak tak persamaan itu? masing-masing rasa diri sendiri bahaya. laju aku balas. ' don't worry, i believe this conversation will ends here. and we won't meet again.' masing-masing tahu character diri sendiri. bahaya jika salah push wrong button.

ya. itu lah ayatnya. button. pastikan anda menekan butang yang betul.

oh. tempoh hari ke cotton on. aku suka ke sana sebab playlist dia best. tengah merapu dengan aqilah. dok tanya.ni beli banyak-banyak nak buat ape? right after dia jawab. 'untuk concert tegan & sara.' terus playlist main lagu bodywork.

boleh imagine la muka kami shock macam mana. disusuli mengekek macam orang gila. orang cotton on hanya mampu geleng kepala tengok.

- E N D -

Sunday, April 7, 2013

import export

okay...mula mula sekali..siapa yang pernah dengar dr.muhaya pasal jenis manusia dalam dunia...pasti tahu term ni...anda manusia import atau export..??

selaku pemilik mulut longkang popular...ramai yang beranggapan pasti aku tiada masalah ditindas mahupon pasti tiada siapa berani buat hal dengan aku... SALAH! aku jenis malas panjang panjang cerita belakang...depan elok belakang kutuk...

tapi setiap kali melaser pasti lah rasa bersalah...and memang nampak macam aku manusia paling keji..

tapi manusia kini semakin pentingkan diri sendiri... seolah-olah masa mereka sahaja yang penting... seolah-olah harta mereka sahaja yang penting... beberapa kejadian telah menunjukkan 'true colour' beberapa orang...

ingat ini...selalu orang cerita perihal tudung..

ya...tidak bertudung sememangnya berdosa...

tapi apa guna bertudung labuh, berusrah, 'berdakwah' tapi pentingkan diri...salah dengan Allah memang antara kita dengan Allah...antara manusia?

maaf jika bunyi entry agak menyerong...tapi aku adalah orang yang beberapa kali menjadi mangsa manusia 'alim'... pernah difitnah secara besar-besaran... pernah disalah erti dengan rupa aku yang kurang 'beriman' ini... tapi aku tetap dengan pendirian diri..jaga hubungan dengan Allah sebaik-baiknya...insyaAllah..baiklah hubungan dengan manusia...takde la seronok sangat nak mengumpat...nak memburukkan manusia lain...'mencuri' masa dan tenaga orang lain untuk buat kerja kau...ya..masa kau seorang  sahaja yang penting!

rupa memang takkan pernah dapat menyakinkan aku... jika anda rasa anda bukan another typical manusia 'bajet alim'..buktikan...saya pernah jumpa yang betul-betul baik...cukup sempurna di mata saya...betapa hebat kejadian Allah...

yang tak sedap..yang mempunyai imej Islam sejati..tapi hakikatnya..hanya imej luaran...dalaman tiada...baik lah lagi mereka-mereka yang tiada imej Islam langsung...

situasi mudah pentingkan diri sendiri... melihat wanita tua terhenjut-henjut berjalan...tidak ditolong...(taknak tolong pon takpe..cukup la sekadar bermanis muka..atau bertanya..you're ok?)...lebih teruk..melihat anak kecil lari ketengah jalan...hanya melihat..sebab dia ada mak dia...berdakwah sana sini...tapi isteri yang menjadi breadwinner...?? itu sudah nyata salah...

owh keji!

ok. perspective yang anda set...TERUK...aku yang dah sedia Islam pon rasa teruk..apatah lagi yang bukan Islam...maka jangan nak salahkan sangat orang bukan Islam membenci Islam...

*kata ganti nama bersepah..redhakan aje...

- E N D -

Tuesday, April 2, 2013

one direction?

aku sememangnya tak pernah ada direction..hahhaa..

i have no idea how i end up watching this video pon..asal memula dengar dr.muhaya...lepas tu dengar passenger-let her go...which i think lyric dia bagus..and tiba tiba...



okay sati sekar..kalau dulu kau kukaitkan dengan marilyn manson..kini harry styles..aku terus teringat ko jugak..super comel kot! contrast gila akkk..marilyn manson ngan harry styles..hahaha...(aku paham perasaan ko bila ko kata rasa macam pedo minat one direction..aku rasa jugak..hahhaha..tapi ko prefer term cougar an?? hahahha...anak ikan sangat hoiii!!!)

well..lagu ni salu dengar version blondie..guitar hero...tapi..dorang ni nyanyi pon okay saje...sebenarnya one direction ni best je..not bad..lagu semua catchy je..(don't judge..hahha)

*aku paham kenapa kanak-kanak sangat suka mereka ini..hahahha...jangan nak kutuk sangat..korang dulu minat BSB gak an?? aku? aku minat the moffats..mampu? hahahha...

**had an exciting conversation with a friend who also play candy crush...at the end of the conversation...he suddenly realize...candy crush? laju je dia cakap..erkk..don't judge!! itu comel..hahhaa...sape main candy crush? *tetiba*

- E N D -