nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 27, 2013

hormat aturanNya

minggu belum sampai hujung..tapi dah macam-macam terjadi...bermula dari last week...like seriously macam-macam jadi...so..malas dah aku nak berlagak strong habis...air mata akhirnya gugur jua..hahhaha...

yang penting, kita kena sabar menghadapi. cari punca untuk bertukar menjadi positif. luahkan kepada sesiapa jika perlu. sebab kalau tak, mungkin boleh jadi gila. kalau dengar dr.muhaya, dia akan cakap, mengadulah pada Allah. itu lah yang paling betul. tapi aku masih belum cukup kuat. aku masih bercerita kepada manusia.

oh. dengarlah dr.muhaya. tapi sila gunakan otak bila mendengar. bukan emosi. terima kasih nora sebab suggest. saya dah lama tak dengar. dah hampir lupa apa rasa jadi positive.

di kala hampir fall apart. kita sendiri kena pastikan kita tak fall apart. kebahagiaan tak datang kalau tak dicari..haaaa..gitteewwww... maka..bila sedih..cari lah kebahagiaan..bila rasa perlu bercakap...cakap..percaya lah..masih ada lagi manusia lain yang  Allah aturkan untuk kita yang mahu lihat kita bahagia...masih ada yang masih benar-benar kisah...kadang-kadang, mereka ni semua orang yang tak disangka-sangka pun...maka..jangan tunggu untuk orang lain selamatkan diri kita...kita sendiri yang patut selamatkan diri sendiri...

yang baca blog aku sure hairan kenapa aku selalu update bila aku serabut tapi bukan waktu gembira...sebab waktu gembira aku..memang gembira..karang timbul hasad pula...tak best kan gitu? bukan semua orang bernasib baik dalam dunia ni..and bukan aku jugak yang paling malang dalam dunia ni...tapi...perkara paling susah..pasti lah untuk jadi positif...

perkara yang dipelajari..

kita ada friends for a reason, a seasonal friends, and friend(s) for a lifetime...

oh..lagi satu..frenemies..(cenggini ke eja dia?) yang jenis ni...selagi ko lagi teruk dari dia...ko lah bestfriend..once tetiba ko lagi hebat dari dia..ko jadi rival terhebat...

thank you sangat pada semua pihak yang telah membuat aku rasa hidup ini lebih bermakna...ewah..hahahha..

nak kena mention ke semua nama? banyak ni...oke la...kita boleh mention mana sempat... to kak nad sebab jauh pon macam bajet dekat siap boleh shopping online sama-sama..ska..yang tak jemu melayan soalan2 merapu aku...ko je harapan aku sebab ko paham soalan aku sebab ko pon pelajar..haha...teha yang sangat bersemangat dengan proposal aku...yang telah membakar semangat aku untuk terus berjuang, aisyah mokhtar yang tak pernah putus sedara dengan aku, nora tajudin yang sangat positif dan menjadi comel kerana nervous, aqilah yang selalu sabar je bila aku emo, walaupun sudahnya emo sekali berjangkit kat dia, farra & hakim sebab kutip aku di kala aku dah hampir sangat nak fall apart, nabilah, pian, lokman, gorgies, mcm tau2 je aku tgh weng...ke 'weng' an korang telah melesapkan weng aku, zulfadly majid kerana sentiasa sudi menjadi rakan jemah yang setia...serious rindu ko..nak jalan mana2 sure teringat kat ko kot! ee sheng sebab sudi menjadi cikgu sejati..amien sebab selalu reply whatsapp gila aku...geng 'uitm dihatiku' yang banyak menjawab soalan2 ngok aku..ok..banyak ni...dah terlalu banyak ni...

reason tulis? supaya aku tak lupa...dan bersyukur..Dia masih hantar orang yang masih kisah di kala aku sudah menjadi 'sepah' yang tidak dimahukan lagi...aicheh..ayat tak menahan poyo...

and kepada seorang kawan yang tak mahu aku sebut namanya di sini...
saya terkejut, saya harap awak oke. awak boleh cari saya anytime if u need someone to talk to...saya tak mungkin faham apa awak rasa. saya tahu sakit. please positive. ada la tu perancangan yang lebih baik Dia nak atur untuk awak.

ok..dah gaya menulis surat dah ni...haha..ingat ye anak-anak! hormat aturanNya...memang setiap yang terjadi sentiasa ada hikmahnya.

- E N D -

Friday, March 22, 2013

paling susah tapi paling berkesan



pujuk hati sendiri.


- E N D -

Thursday, March 21, 2013

Tiada tajuk

Penat.

Dengan semua.

E N D

Tuesday, March 19, 2013

hidup ini satu perkongsian


sebenarnya bukan status ini  yang trigger entry ini. comment nya. 

sebenarnya depends dengan cara apa kita mahu interpret apa apa jua.

perkara paling susah pastilah menjadi positive.

masih ingat ada seseorang lantang mengata terang terang, 'apa yang kita usaha, itu lah yang dapat. dah usaha sikit. kalau fail jangan nak sedih sangat.' serious sedih dengan ayat itu. selaku manusia yang pernah gagal, ingin saja ditanya kepada hamba Allah itu. Apa yang dia tahu tentang usaha orang lain? seronok bukan menghakimi? mungkin intonasi nya membuatkan saya rasa kurang selesa. mungkin tidak lah harsh mana statement itu.

oh. mungkin kerana dia tidak pernah gagal?

maka saya buka cerita tentang ada hamba Allah lain yang takut bila diberi ganjaran dunia dari Allah. takut riak katanya. saya kagum. hamba Allah tadi membalas lagi. 'dah tu? dia tidak suka berjaya?sebab takut riak? tak payah berusaha la macam tu. nanti berjaya.riak pula.'

tiada sesiapa bencikan ganjaran Allah..ganjaran dunia mahupun akhirat. yang paling penting, tahu bagaimana menikmati ganjaran dan tidak pula mencipta dosa baru atas ganjaran Allah tadi. ya. sedikit kesal dengan  kenyataan begitu. mana pergi cas positif? mungkin seronok mempertikaikan usaha 'kecil' orang lain.

Allah ada rancangan untuk manusia yang kita kecilkan itu. Saya bukan saya yang sekarang jika Allah tidak pernah uji saya. Saya mungkin manusia paling tak beradap, mungkin juga manusia yang akan menindas yang lemah jika Allah tidak pernah menguji saya. Ujian Allah pelbagai bentuk. Ganjaran Allah yang paling baik ialah setiap ujian Nya. Apabila kita mengambil setiap kemanisan dalam keperitan yang diberikan.

Dia mahu kita belajar. 

hidup satu perkongsian. betul lah kata orang kebanyakkan. setiap yang terjadi ada hikmahnya. 

paling susah. untuk menjadi positif. 

maka kongsi lah apa jua sebaiknya. 

Hormatlah apa jua aturanNya. Usahalah jadi yang lebih baik. Galakkan mereka untuk lebih maju.

ya.entry ini dihasilkan oleh seorang perempuan yang diketahui umum, garang dan celupar. 
orang lain 'lebih kenal' saya dari diri saya sendiri.

E N D

Wednesday, March 13, 2013

stress itu tekanan

seperti biasa. stress.

weird enough. satu rumah stress. yang pasti. masing masing tak pasti stress sebab apa. jadi kami pon mencipta punca stress. ada yang mengandai mungkin sebab tute semalam didnt go well. maka stress. ada yang mengandai sebab status TR belum dapat dan kerja sebagai architect belum nampak lagi. maka stress. ada yang mengandai research question belum ada. maka stress.

aku?

aku mengandai aku stress dengan diri sendiri. sebab malas nak buat apa juga. nak makan pon aku malas. tak kisah suruh membaca, tapi serious malas nak megeluarkan semua idea. maklumat apa lagi yang perlu. semua hampir lengkap. tapi MALAS.
ok. stress.

maka. mari membaiki hubungan denganNya. moga moga ditenangkan hati ini.

- E N D -

Sunday, March 10, 2013

UMNO luar negara

Maka semalam satu lagi annual makan makan session diadakan oleh kelab UMNO luar negara. Ramai yg salah faham akan kelab ini. Kelab ini sebenarnya untuk menjaga kebajikan pelajar melayu di luar negara. Macam kelab-kelab lain juga. Tiada kaitan langsung dengan kefahaman politik atau bertujuan racist. Sama seperti kelab bangsa lain di sini. Silapnya kerana menggunakan perkataan UMNO itu sendiri mungkin. Maka bila dilihat oleh yang bukan ahli UMNO, timbul pelbagai spekulasi. Padahal, yang hadir majoriti pro pembangkang.

Ok.entry ini ialah entry penuh perkataan.tanpa gambar. Saya pernah tulis entry berkaitan biadap. Ya. Semalam saya diprovoke. (Jangan tanya kenapa entry ni guna saya sebagai kata ganti diri...mood tengah nak guna saya tiba tiba datang..haha) lelaki2 ini berdua. Tidak pasti seorang lagi bersuara atau tidak. Setiap kali saya lalu, dia bercakap dengan kuat pasal adab, bahasa, dan kesopanan. Ya. Saya terasa. Pastinya dia underestimate saya. Sekali lagi provokasi ini terjadi, mungkin saya patut pergi bercakap dengannya. Mungkin dia perlukan sedikit guidelines dalam proses menjadi lelaki beradap. Atau mungkin juga dia tak tahu perbuatan dia sangat tidak cool.

Nyata dia tidak kenal saya langsung. Biadap ialah satu pilihan. Playful ada batasnya. Memerli orang yang kita tidak suka bukan penyelesaian. Meluahkan di status facebook juga bukan penyelesaian. Serious. Saya selalu sentap bila ditegur. Senang cerita, mudah sentap. Tapi saya selalu bersyukur ada yang mahu menegur, jadi saya sedar silap saya. Kerana kesilapan kita tidak mahu menyedarkan itulah terjadinya aktiviti kutuk mengutuk ini. Ya. Saya jugak pernah berada dalam activiti keji ini.

Maka. Mari perbaiki diri. Tidak suka. Luahkan kepada individu terbabit.

E N D

Friday, March 8, 2013

agama

walaupun bukan dari Sabah. tapi punya ramai sanak saudara di Sabah. Rakan-rakan yang bekerja di serata Sabah. lebih spesifik. Lahad Datu.

2 hari lalu. ditanya oleh seorang tenaga pengajar, 'If u are one of the leader in Malaysia, ....' banyak soalan dia...dia pernah menjadi warganegara Malaysia. PERNAH. lucu kerana baru pertama kali bertemu. soalan itu dilemparkan di khalayak ramai untuk didengari semua. ada jugak yang dia tak mahu dengar jawapan. siap cakap. 'save your answer'. lebih lucu kerana aku seorang saja Malaysian yang kena. Issue racist jangan cakap...rasanya..aku patut dilantik jadi jurucakap atau mungkin bertanding dalam pilihan raya akan datang ini.

baca pula berita sabah. sedih. bersyukur kerana dah tiada sesi meeting. harap-harap tiada siapa yang bertanya. tapi aku tak pasti aku lagi suka ditanya atau biar saja mereka dengan andaian mereka. pernah dalam class kisah wanita islam perlu menutup aurat ditentang keras secara terbuka. lebih sedih yang mempertahankan Islam bukan kami, tetapi "kafir" yang lain. jujur, waktu itu terkelu. tidak sangka begitu sekali benci mereka melihat kami menutup aurat.

kisah sabah ini lebih memburukkan keadaan. Dengan menggunakan nama Islam. Mereka menyerang untuk merampas kembali yang satu masa dahulu pernah menjadi milik mereka.MENYERANG UNTUK MERAMPAS. bukan berunding. Apa sahaja tindakan ganas tidak layak menggunakan perkataan demi agama. Aku rakyat Malaysia. pasti aku di pihak Malaysia. Kalau semua berfikiran seperti mereka, habis satu dunia berperang. jika isteri diceraikan pon, ko dah takde hak terus atas dia.dia dah kahwin dengan lelaki lain. ko nak tuntut dia sebagai isteri lagi? merepek.

jika benar semuanya kerana Allah. buktikan. jangan pandai-pandai meng'syahid'kan apa apa. memang mungkin ada yang bersalah dalam hal ini. tapi apa yang penting keamanan. kalau dulu mungkin kita boleh ke Filipina tanpa rasa takut. tapi kini? selamatkan lagi? jika mereka masuk ke negara kita pon kita dibunuhnya...boleh fikir sendiri.

sudah-sudah lah guna perkataan Islam. yang diserang itu Islam. yang menyerang juga Islam. Memalukan.

yang salah tetap salah.

agama tak salah. yang sala manusia yang menyalahgunakan agama.

SALAH.

sedih bila baca komen yang bukan muslim
"i knew muslims were involve even before reading this article".

- E N D -

Tuesday, March 5, 2013

kulit

hari ni hari kulit. baru lepas baca entry teha tadi..lepas tu baru sedar aku pernah allergic semua jenis meat except certain ikan..and ye..masa tu aku sedih kejap sebab hilang nikmat makan...alhamdulillah. doctor aku cakap..temporary allergic sahaja mungkin. sebab sekarang aku dah boleh makan semua tanpa alahan.

well..cerita kulit ni bermula sebab tiba-tiba kulit aku mengalami dryness yang super melampau. kulit bawah mata jadi kedut-kedut and start macam nak luka. ye. bawah mata kiri dah luka. seluruh badan kering. tapi tolerable. except muka. pedih yang menangis punya.

so..pagi td..aku dengan poyonya..

haaa..gitewwww..feeling retis sangat tweet gitu. sebenarnya aku dah research kat net. and countless whatsapp kepada girlfriends. yang terbaik ialah tanya pengguna sendiri. maka..macam-macam jawapan keluar.



comel kan jawapan diorang..haha..aku rasa comel sangat. maka keluarlah aku mencari moisturizer terhebat bersama feeza si housemate. Lama aku dok kat Priceline, test tu, test sini, akhirnya, nivea dibeli.

tapi ya..langit tak selalu cerah. kami ke city pula. bila nampak kedai body shop, aku gelak terbahak bahak dalam hati mengenangkan tweet pak lan. serious lawak. masuk saja. salesgirl datang nak membantu. tak berniat nak beli apa-apa. memang jarang masuk. boleh kira berapa kali. sebab harga produk bukan kadar mampu milik.(untuk aku) owh..aku dah apply nivea tadi.lepas beli terus sapu.punya la aku sebenarnya tak tahan dah sakit muka. bila survey survey dalam kedai tu. TERtanya plak kat salesgirl tu. 'can you please recommend me something for a very dry skin?' lepas tanya menyesal sikit sebab takut kena beli. *mood cheapskate tgh membuak-buak sebab muka tengah tak sakit sangat*

sembang punya sembang. dia offer nak memfacialkan muka aku... dengan pesanan..dont worry..you dont have to buy it if you dont like it...and please ask me to stop if your skin gets irritate. depan-depan kedai tu haaa dia dok belek muka aku. satu perkara ajaib terjadi. first time pakai toner tak sakit. okay. harus penjaga kulit tegar di luar sana mengeji. tapi aku memang tak tahan pakai toner. sakit. perit.

so. biar je dia letak macam macam kat muka. lepas tu sambung merayap. and muka rasa selesa. lembap gila muka. tapi memang takleh pakai kat malaysia rasanya kot. yang penting tak berminyak. tapi kadar hydration sangat best.

okay. aku tak beli pon product tu. sebab aku dah beli nivea. memang tak plan nak beli body shop. or aku pikir lepas habis nivea ni baru nak beli body shop kot. lepas solat. pakai nivea. duduk tak sampai setengah jam. muka rasa kering macam nak merekah. apply lagi moisturizer. tak jalan. makin pedih. maka terus cuci letak vaseline. tak peduli dah muka minyak ke berkilat ke. janji tak sakit. mujur takde class harini. kalau orang cakap lumur minyak masak akan elok pon aku lumur rasanya.

maka. esok. body shop aku datang! puasa membeli apa-apa bulan ni demi kulit yang sihat.

aku rasa aku sensitive chemical. toner yg dia bagi aku pakai tu aloe vera organic ape entah. yang pasti aku baca dia kata takde alcohol. tu sebab tak perit kot muka. tu sebab vaselina pakai tak sakit. kot?

teha. aku paham penderitaan tu. aku pernah rasa jugak. lepas baca entry ko. aku rasa aku kena kembali berhati-hati. doctor aku kat Malaysia. kat sini doctor...alahai...waktu terburuk aku ialah waktu aku tengah allergic hampir semua makanan berdaging..  kali ini punya skin dryness. untuk muka. ini yang terburuk.

moga semuanya okay dan hanya dryness biasa.
spekulasi diri sendiri merasakan ini semua angkara UV yg terlalu tinggi di TAS.

jangan berhenti suggest moisturizer apa yang bagus ya!

E N D


- E N D -