nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 27, 2013

Tiada adab, biadap

Dulu tak pernah terjadi. Alkisah perihal kampung Launnie.

Kali ni meluat. Aku bukan jenis boleh tengok perlakuan tak sepatutnya. Bully. Cyberbully. Hinaan. Cercaan. Walau bukan diri sendiri kena. Automatic panas. Tapi ada apa hal. Umpatan korang sampai je balik kat tuan badan yang diumpat.

Orang yang menghina ni selalunya tak ingat hinaan itu seperti mempertikaikan qada dan qadar Allah. Kalau nak cari point hina. Semua makhluk ada point walau satu. Untuk kau? Aku ada banyak.

Lebih buruk. Bila yang buat perangai ini lelaki. Wahai lelaki-lelaki di luar sana. Anda diciptakanNya untuk membimbing. Tapi kalau adap sopan tiada. Anda memang lelaki. Masih Melayu. Tapi. Masih mahu mengaku muslim dengan attitude begitu?

Kalau perempuan yang buat pon sama buruknya. Karang kata bias pulak. Semua salah lelaki.Tapi domestic violent. Untuk diri ini. Belum pnah lagi dengar lelaki cedera parah dipukul isteri. Or lelaki homeless disepak isteri keluar dari rumah sebab taknak beehenti merokok. Owh. Tasmania terlalu banyak domestic violent.

Bermulut laser dan biadap adalah dua perkara yang berbeza.

Aku bersyukur kerana Allah aturkan aku berwajah garang sentiasa. Moga moga mereka yang kurang adabnya ini, berfikir banyak kali sebelum berbuat lawak tak berapa nak kelakar dengan aku. Serious. Anda kini dalam list manusia yang saya rasa rugi sebab kenal anda. Saya rasa sangat rugi. Apa guna hebat dalam pelajaran tapi otak tak diguna memelihara iman?

*syukurlah anda dah delete kata-kata melampau anda. Walaupon yang belum didelete tidak lah sopan mana. Tapi yang dah didelete masih terkesan. Maknanya, sangat biadap.Sedih hati yang melihat, entah bagaimana perit hati yang terkena. Tabah lah. Allah ada untuk kita semua.

E N D

Monday, February 25, 2013

Muhasabah

Lihat. Jika hari ni anda ada menyusahkan sesiapa sebelum nak panas hati dekat semua orang.

Ingat. Tahun ni harus fokus.

E N D

Saturday, February 23, 2013

Lidah bisa membinasakan

Ye la tu

Kalau tengok movie. Mamat kacak kata.
"Saya rasa awak jodoh saya."

Masing-masing muka bersinar.

Kalau in real life.

Anonymous datang cakap.
"Saya rasa awak jodoh saya."
Harus lari...mungkin ini pembunuh bersiri. Lagi kacak lagi bahaya.

Kalau kawan-kawan tanya.
"Ko sayang aku tak?" Di khalayak ramai. Respon pantas. "Perlu ke jawab?"

Kalau kawan-kawan cakap " I rasa you jodoh I."

Backhand nak? Dah tu nak respond apa? Jom kahwin?!

Ni orang-orang tua dengar boleh salah faham.

E N D

Kali ke berapa?

Sekali sekala menunggu orang lain bersiap masih ok.

Tapi kalau setiap kali. Kau yang nak kena tunggu.
Amboi. Besar sangat ke diri tu? Membuat orang lain menunggu adalah rude di mata aku.

Ko paham la sendiri.

E N D

Friday, February 22, 2013

Tidur & Otak

Kawan tanya, "apsal lu tak tidur?"

Gua tak tahu nak jawab apa. Yang pasti, badan gua penat tapi tak mengantuk. Bangun esok pagi awal je. "Gua rasa sebab otak gua tak cukup penat la. Membaca tak penat sangat"

Maybe patut baca buku yang berat topicnya.

Kawan cadang, "lu bangun pegi main guitar hero 5-6 round tapi level expert. Lepas tu sure otak penat!"

Cadangan ditolak. Sure aku lagi jiwa kacau. Sampai minggu depan aku tak tido macam tu. Dah macam tu harus lah aku jadi focus. Bila nak mengantuk gitu?

E N D

Thursday, February 21, 2013

Diam

Ramai tahu aku banyak cakap.

Ramai jugak ingat aku sebenarnya pendiam susah bercakap.

Ya. Impression.

*kawan usaha call sebab nak cakap ada orang describe aku, "owh. Kunang yang diam tu? Dia susah betul nak bukak mulut kan?"

Ya. Impression.

E N D

Tuesday, February 19, 2013

Kira kira

Tak boleh tidur.

Tengah fikir punca.
Adakah akibat mocha mudslide yang diminum tengah hari semalam?

Kalau tak ber roomate, mungkin aku dah bertukang sekarang. Kalau bukan menjahit, mungkin siap satu painting.

Mungkin patut tunggu sampai subuh saja. Nak tidur dah alang kepalang. Tapi lagi 15 minit nak subuh tu la mata tak boleh nak bukak dah.

Bukak instagram, semua tengah sibuk try baju kahwin. Senang cerita banyak kisah kahwin.

Aku pulak. Mula kira berapa banyak majlis kahwin bakal miss. Yaaaa...aku tak rajin sangat pergi kenduri, tapi ada kawan kawan yang aku sendiri mewajibkan diri sendiri untuk attend no matter what. Tapi, yang clash dengan time masih si Tassie, seriously sedih tak dapat attend. Aku dah la sedih korang nak kawen. Tak dapat attend plak tu. Eh. Dont get me wrong. I am super happy that u are getting married. Aku sedih sebab lepas ni sah sah tak merapu dah seperti zaman remaja. Aicheh.

Boleh start list down siapa lagi belum kahwin. Habis semua dalam list kawan kawan tertentu ni kahwin, aku tak kahwin jugak lagi. Plan terulung mungkin boleh dilaksanakan.

"Terulung" digunakan sebab plan ini hanya melibatkan satu entiti sahaja.

*Sketch plain untuk baju plain. Mana mahu beli lace dan ribbon? Satin or velvet for the ribbon? Material baju adalah soft polyester.

**berharap ada cabutan bertuah dapat mesin jahit canggih.

E N D

Monday, February 18, 2013

Tak tahan

Setelah lebih suku abad. Baru terjadi. Mungkin faktor usia. Tak tahan makan mee kuning.

Nyaris nak mintak tolong housemates hantar emergency semalam...tapi mungkin charcoal yang ditelan meneutralkan segala acid.(speculate kencang habaq ang)

Bangun pagi, tatau punca. Makan lagi mee kuning. Serta merta rasa aneh. Kawan cakap.

"Gua rasa lu tak tahan mee kuning la. Abang gua tak boleh makan mee kuning jugak. Nanti dia jadi macam food poisoning."

Nasib baik sedar awal. Jadi lagi macam semalam. Memang ke hospital.

Tak pasti semalam tido sebab sakit ataupon pengsan sebab terlalu sakit.

Ya. Katakan tidak pada mee kuning. Bihun rules!

- E N D -

Sunday, February 17, 2013

Jangan diikutkan perasaan

Malam semalam demam terkejut (or maybe perkataan mengejut lebih sesuai digunakan). Tido awal tapi terbangun. Housemates lapar di tengah malam mungkin. Mereka masak telur goreng.

Bangun pagi, lapar. Menggigil. Mungkin akibat ubat-ubatan semalam yang diambil tanpa makanan.

Masak mee udang jadi mee rebus.

Memasak boleh jadi terapi. Tapi, bila tak jadi seperti di imaginasi. Berapi.

Rasa nak hamuk. Kawan datang pegang kepala.

"Ok ak? Badan dah tak panas pon."

Aku tengok dia makan macam sedap takde komplen pape. Siap cakap "Hari ni pedas sikit. Itu hari lu punya mee udang lagi best tapi."

Oke. Dia komplen pedas. And compare dengan itu hari. Yang lain yang first time rasa gua tengok makan dengan penuh bersyukur.

"Bukan macam ni mee yang gua imagine! Gua nak pegi sambung demam balik." ujar diri ini. Slowly, blah baring kat futon depan tv.

Si kawan tadi confuse. Dia tahu gua emo bila masak tak jadi. Tiba-tiba dia tanya soalan stress kat gua.

"Eh. Boleh makan kan mee ni? Lu macam benci mee ni. Kang gua makan lu benci gua sekali plak."

I hetchiu already.
T_T

Lepas tu dia pulak sambung emo sebab bubur pulut hitam yang dimasaknya bukan seperti di imaginasi. Sambil kutuk lisa dan candice dekat MKR, kami bersetuju untuk menyalahkan santan segera yang telah mencemar rasa. Yaaaa...shift the blame!

E N D

Wednesday, February 13, 2013

Mulut mampu membunuh

Longkang tahan lagi. Bab sampai sebar ni aku penat.

Sampai dan sebar la kebaikan. Aku tahu seronok bergosip. Tapi kalau sibuk kisah dosa orang lain tapi tak perasan dosa sendiri.

Pity you!

Friday, February 8, 2013

warna

dulu bila orang tanya suka warna apa?

jawapan gua pasti, 'oh.biru.'

selepas beberapa tahun.

orang  tanya suka warna apa.

jawab lambat-lambat tak pasti. tapi jawapan masih lagi 'biru'.
dipersoal pula 'betul ke biru? barang lu banyak warna lime green'

'eh..betul jugak, gua suka warna hijau kot' getus hati ini. (ok, gua rasa bangga guna perkataan getus.haha)

masih lagi di Malaysia, bos gua tanya. 'bilik ni lu nak bubuh warna apa?'
gua jawab 'dua color boleh bos? tapi kalo boleh, gua nak bubuh color ni belang2.'
bos gua cakap 'suka hati lu la kunang, memang banyak bilik lu design, dinding dua color, kalau gua suggest color pape kat lu pon nanti lu cakap gua gay sebab suka color-color tu,'

owh. bos gua kecik hati ke rupanya. sure selama hari ni gua sound dia, dia sentap. (ok, aneh pekerja sound bos, tapi ini kisah benar)

sekarang.

apa warna kegemaran?
lama fikir, 'warna........(lepas 10 saat), warna warni'

gua suka semua color. depends on color tu apply on apa.

satu hari yang normal

satu member gua tanya gua..dia seorang gay.tapi gua suka kawan dengan dia. dia selalu jadi hero time gua rasa lecturer gua tengah nak bunuh gua. 'what is your favourite color kunang?'

gua jawab, ' i like all color'.
mendatar jawapan tu.

dia tanya lagi. 'why?'
gua jawab lagi, 'i just can't decide which one is my favourite color. i like all color.oh.colorful is my favourite color'

respon dia. 'OMG kunang, do you know that people who has no favourite color, they have this possibility of becoming gay. that's why gay's color is colourful. because we can't decide what we like'

laju je jawab 'owh, i like green. i do have favourite color!!'

mampus.

- E N D -

Wednesday, February 6, 2013

problem tak berkesudahan

personal #FirstWorldProblem

ketinggian

susahnya nak dapat size baju yang ngam. (alhamdulillah diaturkan Allah belajar sini. di sini aku manusia yang tinggi tapi masih normal ketinggian ini)

ketinggian cermin yang ngam yang tak perlu aku tunduk untuk tengok muka sendiri dalam cermin (only in asian country)

kitchen top yang ideal. yaaa...aku suka kitchen top sini. sesuai. rumah parents di Malaysia juga..sebab itu customized design. kalau tak...lepas masak sakit bahu...yaaaa..bunyi poyo habis...

oh...iron board...kenapa dekat malaysia punya iron board tak sama dengan yang dekat sini?

kitchen kabinet kadang-kadang..rendah gila sampai terhantuk nak naik nyanyuk dibuatnya..(pernah dulu memasak di rumah pengetua, kitchen kabinet dia aku yakin orang yang install tu  tak berapa tinggi) rumah parents..tinggi ideal...memang design untuk manusia tinggi.

orang pendek kalau gain weight orang hina gemuk

orang tinggi kalau gain weight orang hina gergasi, nak lagi keji aku hina orang tu dalam hati berkarung-karung jugak. muka redha..tapi aku tak paham kenapa dia tak sedar sebenarnya kalau aku nak hina dia ada macam2 aku boleh keluar.

aku tinggi, tapi takut tinggi. gayat. haih.

jangan harap orang tak cam kau!

*entry ini terhasil apabila kawan aku cakap..eee...bestnya tinggi...senang nak amik barang kat tempat tinggi..seriously...tu je sebab best?

banyak baju dah singkat. WTH? aku dah cukup tua untuk meninggi.

- E N D -

Tuesday, February 5, 2013

fear factor selebriti malaysia

jauh di perantauan.. nak jugak update television Malaysia...

tapi..

Gambit Saifullah , attitude sampah. mulut longkang.
tak tahu nak upset ke nak malu tengok perangai macam tu.
pity you.

jadi biadap ialah satu pilihan. and jelas lagi nyata. teruk sangat pilihan anda.

ok. gua harap Gambit baca ni.

gua harap lu google diri lu tiap-tiap hari. 

- E N D -

Saturday, February 2, 2013

Not right. Not okay.

Okay.

Wait.

I just need to do it.

Maybe I'll start with you.