nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 9, 2013

Kosong tak bertajuk. Sibuk tak berhala tuju.

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz. Lop kini bergelar suami. Selama hidup tak pernah-pernah berenggang dengan Mak, akhirnya tiba jua saat itu.

Sejujurnya, perasaan aku seperti seorang abang yang lega adik perempuan nya akhirnya bertemu pasangan hidup.

Jika berasa hairan dengan statement ini. Kita belum cukup kenal.

Dia memang lah sebaik-baik perancang.

Barang shipping sampai 5 Dec lalu. Cepat. Sebab berkali-kali diingatkan yang lain. Lambat lagi.

Tiada agent digunakan kerana berbagai2 sebab. Salah satu nya. Susah nya hendak cari agent.

Maka misi terhebat dilakukan. Bersama mak. Ye. Girl power sangat hidup aku sekarang. Tapi sebenarnya, without all the random kindness, tak kemana aku ini. Ke mana saja pergi, ada saja yang menawarkan bantuan yang mengharukan. Mungkin kerana aku sahaja perempuan yang wujud di sekitar sana. Maka, segala urusan sebenarnya mudah, atau dipermudahkan?  Cuma, urusan-urusan begini agak memenatkan untuk Mak.

Untuk apa aturanNya kali ini sehingga susah benar nak cari agent? Mungkin satunya mahu aku jimat banyak, dua mungkin mahu ajar aku tiada apa yang tidak boleh, tiga pastinya mahu ingatkan aku agar jangan bimbang kerana dia akan sentiasa hantar 'pembantu' untuk aku. Dan yang pasti belajar berdiri sendiri.

Berdiri sendiri dengan teguh itu cita-cita untuk aku yang belum punya kaki yang cukup kuat.

E N D

0 respond(s) to this blog: