nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 21, 2013

Kesal

Kesal is one of our inside jokes back in Tasmania anyway.

Well. For this entry. I am totally kesal. Tak pasti jika kesal is the right word though. Maybe sick?

Sejak ketiadaan Bapak, memang banyak yang kami belajar. Banyak juga yang aku berazam takkan buat perkara yang sama pada yang lain.

Banyak juga situasi yang aku tidak faham mengapa manusia masih tergamak melakukan begitu.

Tapi ya. Jika Allah tak susun begitu. Aku tak belajar.

Yang sibuk bercakap tapi tidak membantu. Yang cakap-cakapnya menyakitkan hati saja. Yang cakap-cakapnya mahu meninggi diri sahaja. Yang masih lagi SIBUK DENGAN HARTA ORANG LAIN. Jauh sekali berfikir jika perangai mereka itu sebenarnya membebankan manusia lain.

Aku kadang-kadang tak faham apa masyarakat fikir setelah kami kematian Bapak. Bukan seperti apa yang dipaparkan di kaca televisyen pastinya. Hilang ketua keluarga perkara paling buruk untuk sesebuah keluarga.

Yang pasti. Jika benar si mati tinggalkan harta untuk yang hidup sekali pun. Kenapa engkau pula yang sibuk mahu rasa nikmatnya sekali. Mengapa perlu engkau pertikai kebahagiaan mereka. Pahit mereka ada kau hadap? Getir mereka ada kau rasa?

Mungkin ada yang fikir, kesenangan itu datang bergolek.

Bandingkan pencen dengan yatim? Seriously?
Kalau aku sama bangang, aku mungkin rungkaikan semua point yang ada dalam kepala.

Mungkin aku perlu bentang semua masalah aku baru kau mahu diam?

Bercakap seperti tiada otak. Belum lagi membentang dalil-dalil agama seolah-olah orang lain tidak pernah hadap Tuhan mereka.

Dengan Tuhan pun kita perlu berusaha untuk dapatkan ganjaran.

Ya. Aku sakit hati. Kalau kawan. Aku dah putus kawan terus. Buat semak hidup saja.

0 respond(s) to this blog: