nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 1, 2013

keajaiban ini, Kau yang kurnia

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kebaikan. Keikhlasan. Bantuan. Ihsan. Semua dariMu jua.

Tidak tergambar rasa syukur aku sekarang. Jalan dipermudahkan. Ada saja bantuan dihantar. Dari serapat-rapat manusia, ke strangers yang bersungguh-sungguh mahu menolong.

Ya. Dia lebih tahu. Random kindness tidak pernah gagal menggembirakan aku.

Rasa aku?
Lain.
Selesai presentation, memang ada perasaan missing sesuatu. Habit aku yang selalunya menelefon Bapak untuk beritahu, "Na panic ni." dan "Na dah habis. Alhamdulillah, semua okay."

Tiada.

Habit biasa semua perlu dibuang. Kenapa tak telefon Mak? Aku dah termua dengan Bapak sejujurnya. Dia lagi lega aku merungut barangkali? Mak akan serabut kalau aku merungut rasanya.

Kehilangan ini. Paling besar dalam hidup. Kalau dilihat entry blog sebelum ini, ada tercatat, doa aku pada Hari Arafah 10 tahun lalu. Lama Dia panjangkan doa aku. Cukup lama.

Maka. Aku ceritakan di sini saja. Kisah presentation tadi. Alhamdulillah. Aku tenang. Tiada sedih yang pelik-pelik datang menyerang. Nervous yang normal bila mahu present itu ada. Aku sangat terharu dengan mesej-mesej yang masuk memberi kata dorongan tanpa henti. Doa yang penuh kasih sayang. Itu sangat berharga. Yang menunggu untuk pastikan aku tidak berderai. Terima kasih untuk semuanya. Tegaknya aku sekarang barangkali doa kalian yang Allah makbulkan. Terima kasih. Panel ada 5 orang semuanya. Alhamdulillah, dengan board yang tidak seberapa, mereka sangat baik. Malah, yang paling garang juga sangat kebapaan sifatnya. Sangat penyayang cara tegurannya. Tiada langsung bunyi negatif. Bila mereka nampak aku sudah agak ke laut. Mereka pimpin semula aku ke darat. Begitu baik panel-panel tadi.

Kisah preparation untuk ke final?
Pendek cerita, nikmat Allah apa lagi yang hendak didustakan?

Dia ambil satu, dia beri semula dengan banyaknya. Terima kasih kepada yang kutip aku, yang menangis sebab tak mampu lihat aku perit, yang percaya aku pasti kuat untuk tamatkan apa yang telah dimulakan, yang mendoakan aku sentiasa, yang dalam diam-diam berdoa untuk aku, yang hadir untuk pastikan aku tidak hanyut dengan rasa sedih ini, yang sama-sama bersengkang mata meneman aku yang rapuh ini, yang tiba-tiba berubah dari manusia yang paling menjengkelkan pernah aku kenal ke manusia sangat mengharukan, yang benar-benar ambil berat dari segala sudut jua. Terima kasih. Kalian semua adalah keajaiban yang Allah kurniakan untuk aku supaya aku sedar, tiada guna untuk aku bersedih. Dia lebih tahu apa yang aku perlu. Supaya aku belajar. Ya. Aku banyak belajar. Sungguh.

Ingin aku paparkan nama-nama. Tapi tidak adil rasanya. Kerana bukan semua yang tampil ke depan menolong secara terang-terangan. Maka, rasanya cukup sekadar aku katakan, terima kasih kepada semua. Tidak terucap betapa aku bersyukur dikurniakan Allah sahabat-sahabat seperti kalian, oh, dan tidak lupa juga strangers, kita mungkin akan jadi sahabat jua nanti.

Terima Kasih.


- E N D -

0 respond(s) to this blog: