nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 25, 2013

Terima Kasih

Hari ke-2

masih di Tasmania. Alhamdulillah. Masih dikurniakan nafas untuk menyembahNya. Masih lagi otak mampu mengawal perasaan. walaupun sejujurnya. sukar. Menangis? pasti. belum pernah seumur hidup menangis sebanyak ini.

Alhamdulillah. Arwah pergi dengan senang dan tenang. pengurusan juga Alhamdulillah. seperti yang dikhabarkan saudara mara, sangat lancar. Alhamdulillah. seperti yang pernah kami sembang satu ketika dulu. Arwah mahu dikebumikan di Kuala Kangsar. Alhamdulillah. di sana arwah dikebumikan.

Alhamdulillah. Kasih sayang dari seluruh dunia juga merasionalkan lagi diri ini. tidak adil untuk tidak bangkit dengan kasih sayang yang terlalu banyak ini.

kala berderai. ramai yang datang mengutip. kala jatuh. ramai yang hulurkan tangan untuk membantu. kala memerlukan. dihantar orang-orang yang indah.

Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua kata-kata. terima kasih untuk segala curahan kasih sayang.

Aku mungkin akan 'tergelincir' beberapa kali sebelum bijak meluncur. tapi aku yakin. jika tidak jatuh. tidak akan sedar erti lancar.

Terima kasih.

- E N D -

2 respond(s) to this blog:

YanaUjang said...

aku lak nk nangis bc entry ko kuna...T_T

plis be strong my dear fren! i know u are..klu x xkn Allah pilih ko utk diduga... *hugs*

Anonymous said...

I was once in your position Kuna..but yours are much more complicated with the distance and all..be strong k?~