nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 1, 2013

rintihan tipikal di akhir semester

nak cramp dah otak aku berangan. sudahnya. setelah beratus-ratus plan aku cuba pusing-pusing kat site tu. aku tengok lukisan paling akhir lebih kurang yang paling awal aku lukis. yaaaa... makan dah start tak hadam sempurna. mandi macam rasa tak mandi. tidur je nampaknya masih normal. kalau tak normal, aku tido pukul berapa pon, pukul 4 pagi tu sure automatic terbangun capai pen or mouse terus buat kerja. jantung tak payah cakap la, degupan huru hara.

keadaan rupa paras bilik masih terkawal. sebab aku dah banyak guna computer dari kertas. tapi idak le sekemas macam selalu. kadar keluar rumah? aku rasa macam hari jumaat je kot aku keluar. T_T tu pun sebab nak gi jumpa supervisor. putih aku lepas ni sebab tak keluar-keluar, or maybe gelap dari biasa sebab duduk tepi tingkap sepanjang hari? owh. supervisor aku pegi bercuti ke KL. selamba je report submission dah dekat. final submission dah dekat. dia tinggalkan kami di sini terumbang ambing. aku ada sedikit rasa malas nak pegi jumpa supervisor ganti aku. pasrah aku keadaan ini.

kalo ikutkan hati yang dah tak berapa nak kental ni, mungkin la aku dah kunyah pensel dan pen and rebus semua butter paper ni buat minum. aku nak kena belajar berpuas hati dengan plan sendiri. ni belum lagi kisah nak compose board. aku paling takut part compose board dek kerana graphic idea aku agak lemah bab menyusun board ni. skill ada, idea takde pon tiada gunanya.

last but not least, aku harap Allah lancarkan perjalanan kami menuju ke akhir garisan.

ni library ke flat murah? getus the other kunang in kunang. okay. scary plak aku. 
takpe. masa masih ada untuk jadikan library ini library. ceh. ayat sedapkan hati sendiri.


- E N D -

0 respond(s) to this blog: