nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 8, 2013

nasihat

ini entry emo.

well, semalam merupakan hari aku tak bersosial langsung. housemate takde rumah whole day. FB and twitter tak bukak langsung. owh. instagram aku bukak. so bersosial la jugak. seriously, aman dunia tak bukak social media ni. sampai la pagi tadi. aku bangun tido, ada whatsapp pukul 2 lebih. aku dah tido

aku terus bukak facebook. ya. celik mata terus bukak facebook.

kisah nya begini. ada seorang lagi kawan yang berhijrah. okay. berhijrah yang dari tak pakai tudung ke pakai tudung je pun. dia tak up la gambar dia selfie dah pakai tudung ke hape ke. ada la member2 lain yang tag sebab pi event skali kan. lepas tu, banyak nya komen membina dan merundum jiwa kat situ.

aku jadi macam nak hantuk-hantuk kepala kat meja lepas baca komen.

1- apa perlu puji beria?
2- apa perlu keji beria?
3- apa perlu nasihat terbuka?

aku jenis cukup pantang bab-bab nasihat terbuka dekat internet ni. aku pnah buat jugak. sebab aku rasa budak tu biadap, tapi tu memang bukan nasihat. tu memang sound. tu pon aku up status lain khas untuk dia. in general supaya takde orang ulang silap dia.

okay balik kisah asal. kalau orang tu tiba-tiba nak berubah ke arah kebaikan, susah sangat ke kita nak gembira untuk dia? kenapa mesti persoalkan perubahan dia? baby steps omputih cakap. hidayah Allah memang kena cari. aku  tak nafikan. tapi korang punya kata-kata cacian and cercaan ni?  category apa? dugaan Allah? kenapa mesti ditegur di khalayak ramai (maksud aku di social media where everyone can read and there's a possibility that dia maybe akan malu). why?? why??

aku still ingat ada satu lagi kawan aku mengalami kisah yang lebih kurang sama masa mula-mula mahu bertutup. dia tanya "Kunang, masa aku memula pakai tudung, ko curious tak kenapa aku tetiba pakai?" aku jawab, "aah, kenapa ko tetiba pakai?" lepas tu dia jawab la reason-reason dia. lepas tu dia tanya lagi, kenapa aku tak pernah tanya dia kenapa tetiba dia pakai tudung. sebab ramai gila orang persoalkan kenapa tiba-tiba dia nak cover up.

di sini lah yang aku tak setuju nya. ye. belakang dia. aku sampai dah tak larat nak dengar orang mengumpat. orang ke arah kebaikan salah. orang ke arah keburukan lagi la seronok korang nak mengumpat kannnn...

things like, "sembahyang dah cukup ke? skinny jeans pakai jugak! tudung tak tutup dada la...pakai tudung pon nak fesyen-fesyen jugak..." etc etc...

haih.

apa lah salahnya.. galakkan dia..doakan dia agar istiqamah dengan jalan yang dipilih. nasihat dia secara peribadi dengan direct message. kenapa perlu kau 'nasihat' dia secara terbuka dekat page dia? supaya semua orang boleh baca and ambil iktibar? or supaya semua orang nampak kau lebih bagus dari orang lain? aku cepat sakit hati sikit nampak keadaan-keadaan gini. kalau aku jadi tempat aduan, lagi la aku sakit hati. cepat sangat masyarakat menilai. sebab orang-orang macam ni la yang melambatkan lagi proses orang-orang yang nak berubah ni mahu berubah. ye betul. in Him we trust. persetankan kata-kata orang.

tapi....

tak semua orang kuat. kental. cekal hatinya. easier said than done people. seriously!

MENGAJAK orang ke arah kebaikan dengan MENYURUH orang ke arah kebaikan. sangat berbeza. tak perlu harsh sangat dalam proses mengajak manusia lain mencari hidayah Allah.

pernah satu ketika, aku ada kawan yang bergaduh sebab si A tak suka si B ni tak sembahyang. si A memang agak alim. nak tercabut jantung aku si A sound si B kenapa tak solat. bertekak diorang kat situ jugak. selaku the only other person yang wujud kat situ, aku pergi jugak approach si B tu. takut kang kena panah petir sekali plak, sebab lantang jawapan dia. "aku tak nak sembahyang!" rupanya. and jelas nampak, B malu. i just want to let B know that i don't give a damn dia takmo solat. but i need to know why. i discovered that si B rupanya tak pandai solat. aku ingat  lagi, "nak aku solat, ajar la..!!" ujar si B. and i was like... "okaaayyyy..."

Alhamdulillah. B istiqamah sampai sekarang. kalau keluar sama pun, dia yang akan ingatkan, "dah masuk waktu ni." perasaan aku bila dengar ayat camtu? priceless. bukan aku yang ajar dia solat. aku cuma cakap, "pergi cuba ikut dulu sembahyang dengan imam. tak tahu bacaan pun tak apa. alfatihah boleh baca kan?" Lepas tu, dia sendiri cari inisiatif perbaiki diri. serious aku happy tiap kali dia tanya apa-apa, walaupon kadang-kadang tu aku pon tak boleh jawab.

moral entry aku kali ini. tolong lah jadi manusia yang gembira dengan perubahan positive manusia lain. semua manusia boleh berubah. kenapa mesti nak kena aibkan orang dengan harapa dia akan berubah? hari ni dia baru belajar pakai tudung. ko tak boleh expect dia terus jadi ustazah. hari ni dia baru pandai sembahyang, ko tak boleh expect dia hafal whole juz amma.

ko yang dah bertahun-tahun baik sangat tu, bagus sangat ke?

- E N D -

1 respond(s) to this blog:

YanaUjang said...

well said kuna! membukak minda aku jugak! *hugs!* ^_^