nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 28, 2013

Aku yang hari ini

Aku yang hari ini.
Alhamdulillah. Syukur dengan aturan Allah. Ujian yang diturunkan ialah supaya aku lebih dekat denganNya, lebih bijak mengira rahmatnya, lebih bijak melihat perkara baik yang mendatang, husnuzon dalam setiap perkara.

Tapi. Rasa ini Dia yang beri. Diharap terus diberi rasa ini.

Tenang. Redha. Percaya.

Tipu kalau aku cakap aku tak gentar. Aku sangat gentar. Tapi hati yang dibiar remuk takkan kuat.

Doa kalian. Pertolongan kalian, mental dah fizikal. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Semakin hari, semakin aku percaya betapa ajaib hidup ini jika benar-benar percaya dan redha padaNya. Kini aku rasa aku layak berkata, la tahzan. Allah ada. Rasa negatif itu kita yang cari. Sedih sebab terasa kehilangan itu pasti akan sentiasa ada.

Tapi sepertimana yang selalu aku tulis. Basikal jika berhenti dikayuh pun akan jatuh jua penunggangnya. Apatah lagi kehidupan.

Allah sent me His little helpers. Everywhere. All the time. Kalau dikira-kira semula. Ya. Aku tak layak untuk sedih.

Terima kasih Allah.
Terima kasih untuk sokongan yang sentiasa ada. Doa korang untuk aku, aku yakin, berkali-kali malaikat amin kan dan doa yang sama mereka doakan untuk korang. InsyaAllah.

Aku yang esok?
Aku harap aku yang lebih baik.

0 respond(s) to this blog: