nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 16, 2013

sebelum senang

new entry means new rant. and these complaints series sound almost the same. 

kisah tak puas hati dengan kehidupan.

i have less than 24hrs before next meeting with my supervisor. went to see her this morning, and from the comments, i reckon she expects wonders for tomorrow. 3 jam dah bazir tidur tadi akibat malam semalam tido tak berkualiti. lebih 2 jam tenung plan sebab dah tatau mana lagi nak diusik. aku rasa dia comment banyak tadi. keyword hari ni : dungeon. 'it's like you're throwing the kids into the dungeon.' jawapan aku? "it's safer down there~" supervisor blah sat, ada je bunyi-bunyi sumbang dari group mates seperti  "it's my design, i like it, i want to do it my way." 

pfftttt..getus hatiku. (aku excited tiap kali guna perkataan getus, aku tatau kenapa. maybe sebab masa sekolah aku belum ada vocab tu? kesian?)  nak cakap macam tu jugak rasanya. haha. tapi aku 'care' kehendak 'client' aku. gittew. alter ego architect aku....?tinggi. tapi tak cukup tinggi.

semalam CAD file crash. aku rasa nak crash semua benda. rasa nak bunuh orang pun ada. tapi bermuram durja tiada gunanya. kuteruskan juga kehidupan yang tak tentu destinasi ini. 

kasihan siapa-siapa yang cuba menunjukkan kasih sayang semalam. housemate la tu. aku tak boleh dengar sekelumit suara pon sebab sakit hati CAD file crush. rasa nak baling barang. sebab otak aku ligat  fikir macam mana nak recover file, nak suruh aku fikir cara nak respond pada kasih sayang ko pulak? aku rant pun aku tak bagi kawan aku respond. hasilnya, depa cakap. 'keep calm and carry on Kunang.' aku rasa bijak la respond tu. babak-babak kasihan dan simpati tak berapa nak work untuk aku.

esok? mari lah selesaikan mana yang belum selesai. let's decide where to start from. and just go. 

bak kata Helen, "hang ni boleh dak promote kelebihan hang instead of sibuk habaq kat aku masalah apa lagi hat belum selesai? ni aku dok lagi suka projek hang dari hang ni pecer?" ok. tipu. Helen cakap omputih. tapi time dia cakap tadi, automatic otak aku digest keluar loghat Penang lenggok mami.

total masa bazir? maybe 12 jam. 5 jam tadi. sebentar lagi buang masa cari jawapan. blog. tido. 7 jam. 12 jam la tu. betul-betul focus? ko kira la sendiri Kunang.




current obsession. tak obsess sangat la. sape nak bagi kepala untuk aku test?
- E N D -

0 respond(s) to this blog: