nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 9, 2013

mahar

okay. mari discuss issue lebih dewasa. kisah mahar perkahwinan. issue hantaran yang tinggi macam tak pernah ada kesudahan dibincangkan.

pertama sekali, kita petik dulu satu sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud :

Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah maharnya ( riwayat mana tak sure, sila check)

entry ni, trigger nya dari repost ini dari seorang kawan lelaki di facebook.


statement begini, pasti membuatkan ramai kaum hawa melatah, dan sedikit berkecil hati dengan susun atur ayat. konteks isi yang hendak disampaikan mudah, "worth it kah perempuan ini sehingga perlu dia dilaburkan sedemikian harga?"

sungguh, ramai yang melatah. baik lelaki mahupun perempuan. dari latahan, kita sendiri boleh lihat, warna apa yang cuba dipamerkan oleh setiap individu.

kita kembali kepada sabda Rasulullah SAW. kisah wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri ialah yang paling rendah maharnya. bercakap sebagai seorang perempuan, sungguh, untuk saya, wang hantaran yang tinggi tidak menjanjikan apa-apa. hantaran untuk hari ini lebih kepada menyahut bunyi-bunyi liar sekeliling atau lebih mudah dipanggil, social pressure. tapi lihat semula kisah si lelaki, layakkah dia menghadiahkan mahar yang murah? kita lihat semula si lelaki yang bercakap, apakah kualiti yang si lelaki ada untuk membolehkan dia layak mengatakan perempuan lain tidak layak untuk menerima mahar yang tinggi?
perempuan sempurna tidak perlu mahar yang tinggi kerana nilai dirinya. sama seperti lelaki yang sempurna, tidak perlu bawa mahar tinggi untuk perempuan kerana kualiti yang ada dalam diri yang dibawanya.

perlu diingat juga. kita berkahwin dengan seseorang, kita berkahwin dengan seluruh keluarganya. kita bangga dengan kelebihan pasangan, dan kita juga 'mencintai' kelemahannya. ada sebab mengapa ibu bapa terlibat dalam kisah menetapkan 'harga' untuk anak mereka. 'keikhlasan' manusia terlalu subjektif. meletakkan harga kini salah satu 'cara' untuk menguji kesungguhan lelaki kononnya. bukan mudah untuk memindahkan amanah Allah yang dulunya amanah mereka kepada seorang lelaki yang tidak pasti hati budinya.

Dengan keadaan sekarang, dengan kerapuhan iman masing-masing, masing-masing curiga, betapa "ikhlas", betapa bersungguh si lelaki ini mahukan si perempuan menjadi the other half mereka, perlu saya katakan, nilai hantaran tinggi seems legit. kononnya untuk membuktikan kesungguhan si lelaki. logik ada di sana sini, boleh dikira berapa banyak perkahwinan yg betul-betul dilangsungkan kerana Allah, mahu sama-sama saling melengkapi menuju jannah? banyak perkahwinan sekarang dilangsungkan untuk memenuhi kehendak hati dan ego masing-masing. dan apa perlunya alter ego dalam kes ini?

statement yang saya letak untuk entry ini, sama seperti statement seorang perempuan yang cakap dia mahukan imam yang sempurna untuk dirinya. sama kisahnya. ada lelaki yang melatah. sekali lagi, perempuan murah mengapa sibuk mahukan imam sempurna? kisah serupa, mengapa mahukan isteri sempurna sedangkan diri belum cukup sedia memimpin keluarga? sekurang-kurangnya, perempuan terang-terang dicipta untuk dipimpin, jadi, pamerkan ciri pemimpin yang baik.

maka, perbaiki diri masing-masing. if you're good, then you deserve someone good. if not. berangan je la.

























okay, malas dah nak type. sape nak discuss, boleh PM. hahaha... dah banyak kali dah sesi macam ni ada. tapi pastikan susun atur ayat tu cantik sikit ya. buang alter ego. baik lelaki, mahupon perempuan. kalau tengah emo, tunggu dah sejuk, dah rational baru kita duduk bincang. kalau tanya aku? aku tak setuju pon belanja banyak-banyak untuk majlis, kisah lepas majlis banyak lagi nak pikir.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: