nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 12, 2013

sama, kebetulan yang random

hari ni kebetulan yang sangat tak dijangka. bercakap dengan dua orang yang sama hari jadi. seorang perempuan. seorang lagi lelaki. masih lagi terasa. boleh percaya ke?

teringat kisah aku, aqilah dan raja yang mengekek-ngekek membaca horoscope masing-masing. paling lama, harus lah aku. banyak betul yang boleh dibahan. (dilarang percaya horoscope ya. berdosa. maka aku rasa baca personality mengikut bulan oleh dr.fadhilah kamsah juga tak boleh la kan?)

jika mengikut view personaliti, Gemini-an(s) memang ada banyak watak. tidak dinafikan. aku pernah dikatakan chameleon. jika pepatah melayu kata masuk kandang kambing mengembek, aku boleh membuat pelbagai bunyi. tapi ya. sentiasa ada awkward moment bila aku sendiri yang refuse untuk blend in.

conversation dengan yang perempuan tidak terasa apa-apa. mungkin kerana tidak sebaya. tapi dia excited kerana tarikh lahir kami sama. 'i know it right after you talk, you must be gemini.' katanya.

lagi seorang, lelaki, sama tarikh lahir, sama umur. sebelum tahu tarikh lahir, memang boleh nampak keserasian itu, sebab ada rakan kerjanya yang tanya, 'she's your friend?' apa yang aku bukukan dalam hati, dia cakap dulu. 'i feel that i need to be extra careful with you.' nampak tak persamaan itu? masing-masing rasa diri sendiri bahaya. laju aku balas. ' don't worry, i believe this conversation will ends here. and we won't meet again.' masing-masing tahu character diri sendiri. bahaya jika salah push wrong button.

ya. itu lah ayatnya. button. pastikan anda menekan butang yang betul.

oh. tempoh hari ke cotton on. aku suka ke sana sebab playlist dia best. tengah merapu dengan aqilah. dok tanya.ni beli banyak-banyak nak buat ape? right after dia jawab. 'untuk concert tegan & sara.' terus playlist main lagu bodywork.

boleh imagine la muka kami shock macam mana. disusuli mengekek macam orang gila. orang cotton on hanya mampu geleng kepala tengok.

- E N D -

3 respond(s) to this blog:

tiger teha. said...

hagreed hagreed playlist cotton on bes! even yg kt malaysia!

Zulfadly said...

hey u asian! saper laki tu, tom ke, haha

kekunang said...

tak ah..orang telstra...kacak weyh! lupa nak tanya gay ke tak..hahaha..