nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 20, 2013

mengeluh. merungut. tidak bersyukur.

cerita pasal merungut. well. aku memang lah ratu merungut. ratu complain. ratu panic gelabah tak pasal. oke. semua sifat mazmumah. one thing aku pasti. aku sedar kekurangan diri part yang ini. dan cuba memperbaiki nya.

aku ada ramai kawan yang sudi dengar aku merungut. like seriously. kalau aku pikir-pikir balik. ramai. thank you korang. seriously. hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

so. bercerita pasal merungut. satu perkara yang aku belajar hari ini. berfikir sebelum merungut. okay. time ni aku terbayang muka aisyah, adam, hakim, zul, aqilah, haaa...sape lagi...yaaa...semua followers i kat twitter...sure korang rasa nak tembak aku sekarang...(cakap macam bajet aku berfikir je kan before merungut..) tapi aku memang rasa sangat perlu.

through observations, or maybe Allah dah atur. this is the time for Kunang untuk sedar betapa kejinya merungut dan tidak bersyukur. ya..memang tamparan habes habaq ang.

bila nak bercerita, fikir balik dengan siapa kita bercerita. kalau nak mengadu, fikir balik sesuai ke kita nak mengadu dengan dia.

for example. ko tak sesuai mengadu pasal ko migrain dekat orang cancer yang dah bedridden. tak sesuai langsung. walaupon migrain ko tu azab. tapi yang atas katil tu, lebih sihat dari ko?

sama juga kisah, kalau ko dapat markah gempak gempita, ko tak merungut lebih-lebih cakap kau takut untuk next task dekat kawan ko yang dapat markah cukup-cukup makan. sila letak diri ko kat kasut kawan ko tu..try jalan 2- 3 langkah. boleh ke jalan? memang la kalau ikut positive view, ada yg akan cakap..ha..tgk..dia dah dapat markah tinggi pon risau..korang yang cukup-cukup makan boleh relax lagi. situasi dia ialah apabila kita semua baru dapat markah, and yang paling menggelabah ayam ialah orang yang pandai sangat tadi tu. tak paham? oke. PM for more details. hahhaa..

lagi...fikir. fikir. fikir.

bila nak buat sesuatu tu. letak balik diri kau dalam diri orang tu. aku tengah letak diri aku merata-rata. last-last semua aku kesian. ya. guna kan lah aku seadanya. T_T

last but not least. setiap hari. fikir. apa contribution yang kau dah buat dekat orang lain hari ni? kadang-kadang tu, a simple hello can change someone's day. trust me.

kita selalu tunggu apa akan buat untuk kita. tapi kita tak pernah eager untuk berbuat sesuatu untuk sesiapa pon. memang betul. tak boleh di muakan sangat mereka-mereka ni. mudah-mudahan mereka sedar, kesilapan mereka, dan berbuat baik secara natural. bukan sibuk tunggu orang lain nampak mereka baik.

tak perlu buat orang lain nampak kecil untuk buat diri nampak besar. seriously. tak perlu.

perasaan yang kutahan dalam hati sanubari. nampak tak? keldai. tu sebab kena tahan. kalau tak sama plak.


- E N D -

1 respond(s) to this blog:

Zulfadly said...

sabar jemah, baca nama jep terus gigil dah.