nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 27, 2013

kisah politik Malaysia - kepada pemimpin dan pengikut yang TAKSUB mahupon tidak

masing-masing punya pendapat.

masing-masing punya cerita.

tapi serious. dengan perangai kedua-dua pengikut parti. aku yang tak berapa kukuh pegangan ni. benci kedua-duanya. masing-masing TAKSUB dengan KEPERCAYAAN sendiri. cakap dengan warga BN bila ditanya sedikit melenting. cakap dengan warga bukan BN, bila diprovoke sedikit dengan persoalan, cepat benar melatah. pengikut yang bodoh boleh menyebabkan parti itu nampak bodoh. kerana pemimpin gagal memimpin anak-anak buah yang TAKSUB. tak payah sibuk nak mengata sesama sendiri.

aku tak mengundi tahun ini. (pasti ramai yang kata aku bukan warganegara bertanggungjawab, untuk membuang undi pos kami perlu ke mainland, itu makan duit, dan aku tak yakin dengan sistem undi pos, jangan cuba yakinkan aku) takkan complain siapa yang bakal naik. yang aku nak complain. perangai-perangai sampah yang dipamerkan. cakap dengan orang BN diorang cakap aku tak sayang Melayu, tak sayang Islam, cakap dengan bukan BN kata aku racist. nampak tak permainan itu? aku sebenarnya menunggu respon yang bijak, dan nyata belum lagi jumpa pengikut yang bijak. pernah one on one dengan kedua-dua pemimpin parti. aku yakin doa aku untuk siapa walaupon pengikut-pengikut berbunyi kurang bermoral walaupon berpendidikan.

Video memburukkan orang lain yang korang private message aku tu apa? Lagi banyak video dijaja, lagi teruk perspective aku terhadap korang, bukan parti mana yang korang pertahankan. duduk di luar negara ni banyak membuka mata. para pemimpin di sini. mereka tidak sibuk memburukkan sesama sendiri. mereka sibuk mempromosi apa yang mereka boleh buat untuk negara mereka.

Jika rasa ingin maju. Hentikan mentaliti negara ketiga. Memburukkan yang lain tak akan buat anda nampak hebat!

jaga maruah diri sendiri, tak guna pamer perangai sampah demi memperjuangkan perjuangan yang belum tentu ke mana. personaliti sangat penting. tak rugi berbahasa dari sibuk nak membahasa.

sampah!

*kalau rasa nak kawan lama dengan aku, kurangkan mengutuk. sumpah aku benci.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: