nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 10, 2013

UMNO luar negara

Maka semalam satu lagi annual makan makan session diadakan oleh kelab UMNO luar negara. Ramai yg salah faham akan kelab ini. Kelab ini sebenarnya untuk menjaga kebajikan pelajar melayu di luar negara. Macam kelab-kelab lain juga. Tiada kaitan langsung dengan kefahaman politik atau bertujuan racist. Sama seperti kelab bangsa lain di sini. Silapnya kerana menggunakan perkataan UMNO itu sendiri mungkin. Maka bila dilihat oleh yang bukan ahli UMNO, timbul pelbagai spekulasi. Padahal, yang hadir majoriti pro pembangkang.

Ok.entry ini ialah entry penuh perkataan.tanpa gambar. Saya pernah tulis entry berkaitan biadap. Ya. Semalam saya diprovoke. (Jangan tanya kenapa entry ni guna saya sebagai kata ganti diri...mood tengah nak guna saya tiba tiba datang..haha) lelaki2 ini berdua. Tidak pasti seorang lagi bersuara atau tidak. Setiap kali saya lalu, dia bercakap dengan kuat pasal adab, bahasa, dan kesopanan. Ya. Saya terasa. Pastinya dia underestimate saya. Sekali lagi provokasi ini terjadi, mungkin saya patut pergi bercakap dengannya. Mungkin dia perlukan sedikit guidelines dalam proses menjadi lelaki beradap. Atau mungkin juga dia tak tahu perbuatan dia sangat tidak cool.

Nyata dia tidak kenal saya langsung. Biadap ialah satu pilihan. Playful ada batasnya. Memerli orang yang kita tidak suka bukan penyelesaian. Meluahkan di status facebook juga bukan penyelesaian. Serious. Saya selalu sentap bila ditegur. Senang cerita, mudah sentap. Tapi saya selalu bersyukur ada yang mahu menegur, jadi saya sedar silap saya. Kerana kesilapan kita tidak mahu menyedarkan itulah terjadinya aktiviti kutuk mengutuk ini. Ya. Saya jugak pernah berada dalam activiti keji ini.

Maka. Mari perbaiki diri. Tidak suka. Luahkan kepada individu terbabit.

E N D

0 respond(s) to this blog: