nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 19, 2013

hidup ini satu perkongsian


sebenarnya bukan status ini  yang trigger entry ini. comment nya. 

sebenarnya depends dengan cara apa kita mahu interpret apa apa jua.

perkara paling susah pastilah menjadi positive.

masih ingat ada seseorang lantang mengata terang terang, 'apa yang kita usaha, itu lah yang dapat. dah usaha sikit. kalau fail jangan nak sedih sangat.' serious sedih dengan ayat itu. selaku manusia yang pernah gagal, ingin saja ditanya kepada hamba Allah itu. Apa yang dia tahu tentang usaha orang lain? seronok bukan menghakimi? mungkin intonasi nya membuatkan saya rasa kurang selesa. mungkin tidak lah harsh mana statement itu.

oh. mungkin kerana dia tidak pernah gagal?

maka saya buka cerita tentang ada hamba Allah lain yang takut bila diberi ganjaran dunia dari Allah. takut riak katanya. saya kagum. hamba Allah tadi membalas lagi. 'dah tu? dia tidak suka berjaya?sebab takut riak? tak payah berusaha la macam tu. nanti berjaya.riak pula.'

tiada sesiapa bencikan ganjaran Allah..ganjaran dunia mahupun akhirat. yang paling penting, tahu bagaimana menikmati ganjaran dan tidak pula mencipta dosa baru atas ganjaran Allah tadi. ya. sedikit kesal dengan  kenyataan begitu. mana pergi cas positif? mungkin seronok mempertikaikan usaha 'kecil' orang lain.

Allah ada rancangan untuk manusia yang kita kecilkan itu. Saya bukan saya yang sekarang jika Allah tidak pernah uji saya. Saya mungkin manusia paling tak beradap, mungkin juga manusia yang akan menindas yang lemah jika Allah tidak pernah menguji saya. Ujian Allah pelbagai bentuk. Ganjaran Allah yang paling baik ialah setiap ujian Nya. Apabila kita mengambil setiap kemanisan dalam keperitan yang diberikan.

Dia mahu kita belajar. 

hidup satu perkongsian. betul lah kata orang kebanyakkan. setiap yang terjadi ada hikmahnya. 

paling susah. untuk menjadi positif. 

maka kongsi lah apa jua sebaiknya. 

Hormatlah apa jua aturanNya. Usahalah jadi yang lebih baik. Galakkan mereka untuk lebih maju.

ya.entry ini dihasilkan oleh seorang perempuan yang diketahui umum, garang dan celupar. 
orang lain 'lebih kenal' saya dari diri saya sendiri.

E N D

0 respond(s) to this blog: