nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 8, 2013

agama

walaupun bukan dari Sabah. tapi punya ramai sanak saudara di Sabah. Rakan-rakan yang bekerja di serata Sabah. lebih spesifik. Lahad Datu.

2 hari lalu. ditanya oleh seorang tenaga pengajar, 'If u are one of the leader in Malaysia, ....' banyak soalan dia...dia pernah menjadi warganegara Malaysia. PERNAH. lucu kerana baru pertama kali bertemu. soalan itu dilemparkan di khalayak ramai untuk didengari semua. ada jugak yang dia tak mahu dengar jawapan. siap cakap. 'save your answer'. lebih lucu kerana aku seorang saja Malaysian yang kena. Issue racist jangan cakap...rasanya..aku patut dilantik jadi jurucakap atau mungkin bertanding dalam pilihan raya akan datang ini.

baca pula berita sabah. sedih. bersyukur kerana dah tiada sesi meeting. harap-harap tiada siapa yang bertanya. tapi aku tak pasti aku lagi suka ditanya atau biar saja mereka dengan andaian mereka. pernah dalam class kisah wanita islam perlu menutup aurat ditentang keras secara terbuka. lebih sedih yang mempertahankan Islam bukan kami, tetapi "kafir" yang lain. jujur, waktu itu terkelu. tidak sangka begitu sekali benci mereka melihat kami menutup aurat.

kisah sabah ini lebih memburukkan keadaan. Dengan menggunakan nama Islam. Mereka menyerang untuk merampas kembali yang satu masa dahulu pernah menjadi milik mereka.MENYERANG UNTUK MERAMPAS. bukan berunding. Apa sahaja tindakan ganas tidak layak menggunakan perkataan demi agama. Aku rakyat Malaysia. pasti aku di pihak Malaysia. Kalau semua berfikiran seperti mereka, habis satu dunia berperang. jika isteri diceraikan pon, ko dah takde hak terus atas dia.dia dah kahwin dengan lelaki lain. ko nak tuntut dia sebagai isteri lagi? merepek.

jika benar semuanya kerana Allah. buktikan. jangan pandai-pandai meng'syahid'kan apa apa. memang mungkin ada yang bersalah dalam hal ini. tapi apa yang penting keamanan. kalau dulu mungkin kita boleh ke Filipina tanpa rasa takut. tapi kini? selamatkan lagi? jika mereka masuk ke negara kita pon kita dibunuhnya...boleh fikir sendiri.

sudah-sudah lah guna perkataan Islam. yang diserang itu Islam. yang menyerang juga Islam. Memalukan.

yang salah tetap salah.

agama tak salah. yang sala manusia yang menyalahgunakan agama.

SALAH.

sedih bila baca komen yang bukan muslim
"i knew muslims were involve even before reading this article".

- E N D -

1 respond(s) to this blog:

YanaUjang said...

aku suka perumpamaan ko dgn isteri yg dicerai tu..kekeke makes a lot of sense :p