nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 17, 2013

Jangan diikutkan perasaan

Malam semalam demam terkejut (or maybe perkataan mengejut lebih sesuai digunakan). Tido awal tapi terbangun. Housemates lapar di tengah malam mungkin. Mereka masak telur goreng.

Bangun pagi, lapar. Menggigil. Mungkin akibat ubat-ubatan semalam yang diambil tanpa makanan.

Masak mee udang jadi mee rebus.

Memasak boleh jadi terapi. Tapi, bila tak jadi seperti di imaginasi. Berapi.

Rasa nak hamuk. Kawan datang pegang kepala.

"Ok ak? Badan dah tak panas pon."

Aku tengok dia makan macam sedap takde komplen pape. Siap cakap "Hari ni pedas sikit. Itu hari lu punya mee udang lagi best tapi."

Oke. Dia komplen pedas. And compare dengan itu hari. Yang lain yang first time rasa gua tengok makan dengan penuh bersyukur.

"Bukan macam ni mee yang gua imagine! Gua nak pegi sambung demam balik." ujar diri ini. Slowly, blah baring kat futon depan tv.

Si kawan tadi confuse. Dia tahu gua emo bila masak tak jadi. Tiba-tiba dia tanya soalan stress kat gua.

"Eh. Boleh makan kan mee ni? Lu macam benci mee ni. Kang gua makan lu benci gua sekali plak."

I hetchiu already.
T_T

Lepas tu dia pulak sambung emo sebab bubur pulut hitam yang dimasaknya bukan seperti di imaginasi. Sambil kutuk lisa dan candice dekat MKR, kami bersetuju untuk menyalahkan santan segera yang telah mencemar rasa. Yaaaa...shift the blame!

E N D

0 respond(s) to this blog: