nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 29, 2013

Pangkat

Apa erti hidup jika tidak tahu erti hormat
Apa erti hidup jika kemaruk hormat tapi tidak pandai menghormati

Masih wujudkah hormat?
Jujur, lama aku rasa wujudnya hormat hanya pada perkataan, perasaan itu sudah lama pupus,

Selalu aku dengar, tiada beza tua dan muda, hormat tiada, biadap pasti muncul,

Aku sedar aku biadap.

Sentiasa.

Aku jawab bila aku rasa aku tak mampu setuju dengan sesiapa sahaja.
Kadang kala sepi tak bersuara.
Gusar jika derhaka.

Yang pasti. "Darah muda" selalu bodoh.
Selalu rasa makan garam lebih tak membawa makan garam lebih itu lebih bijak.

Kerana mereka rasa mereka lebih bijak dari si makan garam lebih,
Mereka lupa.
Si pemakan garam lebih mungkin tidak bijak seperti mereka, tapi bukan bermakna mereka hidup untuk diperbodohkan mereka yang masih MENTAH.

Si Mentah belum TUA.

Ya. Masih ramai yang sudah tua tapi akalnya juga masih mentah.

Tapi.

Bila mentah direspon mentah.

Apa jadinya?

SAMPAH.

0 respond(s) to this blog: