nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 11, 2013

fotografi sampah

gambar. fotografi. apa itu?

indahnya zaman dahulu. kamera medium kita merakam memori. 'membekukan' waktu indah untuk dikenang.

kini? gambar kebanyakannya sampah. apa itu?

zaman dahulu.
bila ditanya 'apa kita buat sebelum makan?'
jawapan pasti,
'baca doa makan' atau 'cuci tangan sebelum makan'

sekarang.
'apa kita buat sebelum makan?'
jawapan majoriti,
'instagram/tweet/publish dulu gambar makanan'

mat saleh kata 'asian' saja ada perangai tu

sedari kecil sudah sibuk pegang SLR.
walhal.
SLR pon mungkin tak tahu apa maknanya.
oh, sekarang orang pakai DSLR.
lens berkoyan..tapi masih lagi guna set auto.
ambil semua.
buang ke laut dalam semuanya.

masih wujudkah manusia yang mencipta telefon tidak berkamera?
setiap saat tidak pernah lepas dirakam.
untuk dikenang atau untuk dicanang?

belum lagi kisah di tanah perkuburan.
aku tetap rasa sangat tidak wajar untuk tangkap gambar di tanah perkuburan sewaktu pengebumian sedang dijalankan.

ingat. bila aku mati, tolong jangan 'rakam' majlis pengebumian aku.

hormat. bukan memori itu yang patut kau simpan!

canang : aku dah sampai mt.barrow. tempat kejadian hampir mati.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: