nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 1, 2012

so...its KL - Ipoh - KL - Singapore - KL - KK - KL - Ipoh - KL

okay...jadual penuh mengalahkan menteri...aku pon tak paham situasi ini...belum habis semua lagi..baru KL- Ipoh - KL..

balik kampung berjumpa sanak saudara kini bukan lagi satu perkara mudah....kalau dulu balik kampung...takde kazen...seorang diri, pergi kejar ayam atau menjahanamkan segala pokok bunga hasil tanaman arwah nenek dan atuk pon dah cukup untuk menghilangkan rasa bosan..apatah lagi kalau togel pokok bunga, daun, bunga, ranting kecik-kecik...semua selamba je aku cabut...lepas tu dapat setepek penampor...yeah...sakit.. tapi rasa puas hati menghasilkan satu 'masterpiece' melihat musnahnya pokok-pokok tu aku kerjakan...tiada tandingannya dengan tamparan yang diterima...time memusnah seronok tak terhingga...bila tersedar dari keseronokan...panic rasa macam nak buat drama melayu mintak hampun...(seronok petik-petik.. T__T)

ya..

merepek.

selain daripada 'bertikam lidah' dengan pakcik-pakcik tercinta...tiada lagi hiburan lain...tak tahu 'term' apa yang patut diguna...sebab dengan anak sedara lain..sopan kemain pakcik aku yang sorang ni...dengan aku..hamboih...gurauan kasar...kalau orang tak tengok siapa yang bercakap..sure ingat pompuan yang sure macam jantan..tengah bercakap ngan kawan lelaki yang kepochi..haih...mujur dunia arkitek banyak mengajar aku kasar itu hanya sekadar 'terma' walaupon serba sedikit aku tahu..kasar itu sudah agak sebati dalam diri...

pakcik gua kata dia yakin gua kental...gila kentang statement...lepas tu selamba ajak aku pegi test drive..cerita pasal kereta..3 series...c class..e class..bla...bla...bla....projek sana sini...cita pasal tanah bagai... aku tatau nak angguk ke geleng...aku tak paham kenapa dorang boleh libatkan aku dalam sesi 'sembang rakyat' mereka ni... aku tatau aku yang kepochi atau dorang yang kepochi... atau aku anak saudara kegemaran mereka? haaaaa.....hahahha...

tapi nyata aku sedar aku lebih fussy sekarang...bila berkeputusan...susah nya nak tukar pendirian...bila nak makan..semua tak kena..(tapi badan naik je..don't get me wrong)...

bila ditanya kenapa tak makan..susah aku nak cakap...owh..tak makan itu..tak makan ini...sadis kehidupan begini....bila ditanya..kalo laki kamu esok nak makan mende2 tu camne?

jawapan seronok : sape cakap gua nak kawen?
(ok..kata ganti diri yang lebih sopan dan manja telah digunakan..ptuih..)

hamik kau.

sentap seisi rumah...tersedak kazen tahan gelak..pakcik gua? tiba-tiba tuka topic..cerita pasal model helicopter dia..pasal gadget...bla bla bla....

sape lagi mahu tanya?

kadang-kadang aku serious rasa diorang lupa aku perempuan...

 "korang sembang apa tadi? jarang benar nak dengar dia bercakap banyak."

apa aku nak jawab? dah orang nak cakap..takkan aku nak kata STOP! kang aku cakap aku ada kuasa bagi semua orang yang tak mahu bercakap jadi bercakap...aku berkemampuan membuat manusia menceritakan kisah-kisah yang tak sepatutnya mereka cerita...haaa..bunyi nak hebat...nampak sangat fictionnya.... haih...kadang-kadang aku nak start perbualan pon aku tak tau mana mula..maka terjadi lah cerita model helicopter..aktiviti pomen mempomen enjin model helicopter mahu pon kereta...activiti mengutuk parti-parti politik..aktiviti bercerita pasal masalah awek.balak.anak.bapak.mak.mak sedara.pak sedara.mak mertua.pak mertua.ipar duai.biras.beras.dan banyak lagi parti yang terlibat.

manusia ialah makhluk yang kompleks. sebab aku sendiri rasa diri sendiri kompleks melihat mereka yang kompleks.

banyak benda dalam kepala...kalau boleh di erase..memang aku erase mende-mende semak dalam kepala ni.

SEMAK.

- E N D -

0 respond(s) to this blog: