nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2012

hampir selesai

kita merancang, Allah menentukan...

rancangan asal...ingin membantu sahabat yang sedang bermatian-matian dengan 3D...maaf. serius aku kesal tak dapat bantu.

aturanNya adalah untuk aku membantu menguruskan yang hidup menghadapi kematian dan kehilangan...

ramai yang pergi tak kembali. minggu sebelumnya bapa kepada travel buddy. 'sentap'nya belum habis kerana aku sampai di kala arwah baru sahaja pergi. tiada siapa yang tiba. aku orang pertama untuk mengeluarkan perkataan 'sabar' mahupun 'kuat'. kau kena kuat!! ternyata tidak mudah.

ada juga bapa, ibu, rakan rakan lain yang pergi di minggu yang sama. tidak terkesan. tapi yang pasti, aku sangat simpati.

tapi entry ini bukan cerita-cerita itu. ini cerita aidil adha.

sedih. itu pasti. ramai yang tertanya-tanya. kenapa tiada setitis air mata pon yang jatuh? sedangkan aku anak saudara yang paling rapat dengan arwah. aku sudah menangis. cuma bukan di waktu semuanya sedang menangis. tapi memang sedikit benar sedihnya, peritnya. mungkin kerana aku sudah bersedia untuk cerita ini. bagaimana aku boleh begitu straight face? Dia aturkan. aku tiada jawapan untuk itu. sebelum pergi melawat arwah lebih kurang tiga minggu lepas, aku dah bina kekuatan dalam diri supaya tak menitis air mata dihadapannya. Alhamdulillah. diperkenankanNya rancangan itu.

banyak yang aku belajar. serius banyak.

bohong kalau aku kata aku tak teringat langsung, tak terngiang langsung. kami kira hari menuju ke aidil adha bersama. rupanya itu hari dia pergi.

tipu kalau aku cakap aku tak rasa ralat bila aku menolak untuk tinggal lebih lama. lagi serabut bila arwah kata 'sekejap je lagi Ayah nak Na teman Ayah'. memang sekejap.

tapi 'kalau' itu perkataan bahaya. kadang kala buat kita lupa. itu qada' dan qadar.

semoga ditempatkan di kalangan yang beriman. Al Fatihah.

*untuk yang masih hidup. teruskan hidup. tidak rugi untuk pegang prinsip : kerjalah seperti akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah seperti akan mati esok hari.
- E N D -

0 respond(s) to this blog: