nuffnang ads

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 19, 2012

serabut

bukan senang nak senang
bukan susah nak susah

bila harapan hanya tinggal impian
ada pula yang sibuk cuba menjadikan impian itu realiti

kala jatuh tersungkur tak mampu nak bangun
ramai pula yang datang mahu menolong
tak kurang yang tak putus menjeritkan kata-kata semangat untuk bangkit
yang menghulur ubat
yang cuba menenang dan meyakinkan bahawa aku tidak akan jatuh lagi kelak
tidak perlu risau, pastikan sembuh jua
tak lupa yang menangis sekali seolah sakitku mereka juga rasa
yang sedih, pilu, teresak tak mampu melihat aku sakit, itu lebih sakit.

tak lupa juga yang mencuba seribu macam cara untuk aku ceria kembali

takut
jika bangkit sakit,
melangkah merana,
mampukah aku berlari?

atau harus kekal tak usah bangkit dan biar luka sembuh sendiri?

mustahil.

terlalu banyak kejutan. mampu kah ditelan semua?

namun masih bersyukur kepada Nya...
sungguh pon sukar...jalan keluar dibuka oleh Nya...ada saja "utusan" dari Nya yang datang menghulur bantuan


- E N D -

1 respond(s) to this blog:

Anonymous said...

bilalah nak ada post baru ni~